Muhammad Syafiq Ahmad membuktikan dirinya layak menggalas tugas penyerang skuad Harimau Malaya apabila membantu skuad kebangsaan membelasah Sri Lanka 6-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Kedudukan ranking dunia yang jauh berbeza antara Sri Lanka dengan kedudukan ke-202 berbanding Malaysia di kedudukan 158, jelas membuktikan kemenangan itu sudah dijangkakan.
Kemenangan berjaya itu menyuntik semangat anak buah Tan Cheng Ho untuk bersiap berdepan dengan Vietnam dalam pusingan kedua aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Hanoi, Khamis depan.
Malaysia tidak menunggu lama untuk merobek pintu gol Sri Lanka apabila Muhammad Syafiq menyudahkan hantaran meleret daripada Muhammad Safawi Rashid untuk gol pembukaan seawal minit kesembilan sebelum melengkapkan jaringan hatrik dengan percubaan pada minit ke-76 dan ke-89.
Gol kedua Malaysia pula dihasilkan oleh pemain pertahanan Shahrul Saad yang mengambil kesempatan daripada situasi kelam-kabut di depan pintu gol Sri Lanka, hasil sepakan penjuru Safawi pada minit ke-14 sebelum tiba giliran penyerang veteran, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-17.
Pada babak kedua perlawanan, skuad negara bersemangat untuk menambah jaringan dengan melancarkan serangan bertali arus sebelum pemain muda, Muhammad Akhyar Rashid meledak jaringan keempat selepas menerima hantaran lintang Norshahrul pada minit ke-51.
Dalam tujuh pertemuan sebelum ini, Malaysia hanya tewas sekali dan pada pertemuanan terakhir di Stadium Sugathadasa, Colombo, 12 Okt tahun lalu, skuad negara menang 4-1.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 05 2019

Pemain Malaysia ketika meraikan kemenangan selepas perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Malaysia menentang Sri Lanka di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. --fotoBERNAMA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 28 Januari 2021.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 28 Januari 2021.

AWANI Ringkas: Kerajaan PH lebih tegas tangani rasuah - TI-M
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 28 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Perlis benar kapasiti maksimum jemaah solat fardu di masjid
Bermula esok, Perlis membenarkan kehadiran jemaah solat fardu di masjid mengikut kapasiti maksimum masjid berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tular bergaduh depan rumah ada helikopter: 'Datuk, Datuk Seri salah faham'
Kedua-dua lelaki terbabit telah berdamai, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah.

AWANI Ringkas: Pengawal keselamatan didakwa cabul murid | 4,094 kes baharu COVID-19
![AWANI 7:45 [28/01/2021]: Gagal selesai holistik | 57.1 peratus setuju perketat PKP AWANI 7:45 [28/01/2021]: Gagal selesai holistik | 57.1 peratus setuju perketat PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887594/2324679351611840043428_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [28/01/2021]: Gagal selesai holistik | 57.1 peratus setuju perketat PKP
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Luqman Hariz dan Nailah Huda. Fokus #AWANI745: - SPRM gagal kawal rasuah. - Kenapa pendatang tanpa izin terus ceroboh negara kita? - Majoriti rakyat Malaysia setuju perketatkan semula PKP. #HapusCOVID19 #NormaBaharu #DisiplinMalaysia

KPDNHEP lancar Ops Catut 8.0 pantau harga kelengkapan elektronik, komunikasi
KPDNHEP melancarkan Ops Catut 8.0 bagi memantau harga jualan komputer tablet, telefon bimbit dan alat komunikasi terutama perkakas internet.

Indonesia catat 476 lagi kematian akibat COVID-19, rekod tertinggi dalam tempoh 24 jam
Indonesia mencatatkan 476 lagi kes kematian akibat COVID-19, jumlah tertinggi direkodkan sejak kes kematian pertama pada 11 Mac 2020.

Kebenaran Skuad Harimau Malaya berlatih melegakan - Pengurus Pasukan
Mohd Yusoff menyifatkan keputusan itu dibuat tepat pada masanya memandangkan skuad Harimau Malaya semakin kesuntukan masa menjelang pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada Mac depan.

COVID-19: Tujuh atlet negara dibenar keluar daripada pusat kuarantin
Kesemua individu berkenaan kini berada di Casa MSN untuk tujuan pemulihan kecergasan.

Skuad hoki Malaysia beralih kepada latihan dalam talian
Skuad hoki kebangsaan telah beralih ke latihan dalam talian berikutan penangguhan Liga Hoki Malaysia 2021 (MHL).

10 tahun selepas Malaysia juarai Piala Suzuki AFF
Penyerang negara, Safee Sali, turut mencatat nama sebagai penjaring terbanyak setelah meledakkan lima gol sepanjang kejohanan itu.

Siti Nurhaliza bakal adakan konsert tahun hadapan
Pasti ramai yang tak sabar nak pergi konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza

Liga Hoki Malaysia 2021 bakal dilangsung tanpa penonton - KHM
Keputusan itu dibuat ekoran kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda.

Terjun: Kontinjen negara raih dua emas di Bukit Jalil
Mereka cemerlang mengumpul 298.98 mata keseluruhan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, pada hari pertama yang menawarkan tiga emas.

Tindakan Sam gantung vape di leher dikesali penganjur ABPBH
Menurut penganjur, semua artis yang terlibat pada malam itu telah diberi penerangan mengenai tata susila dan etika berpakaian bukan sahaja ketika menghadiri majlis malah ketika menjadi penyampai trofi

Pelaksanaan PKPB: Battle of the Bulge ditunda
Program itu ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Besyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dua tokoh korporat berentap dalam perlawanan skuasy amal
Perlawanan amal 'Battle of the Bulge' itu bertujuan mengumpul dana untuk menyediakan makanan kepada golongan memerlukan yang terjejas oleh penularan pandemik COVID-19.