SUKAN
Malaysia tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia
Acara dwitahunan anjuran Persekutuan Boling Asia ini bertujuan mencungkil bakat remaja dan memperkukuh pembangunan sukan tenpin boling di peringkat benua.
KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-22, bermula esok hingga 27 Ogos di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), kejohanan itu akan menghimpunkan pemain muda dari 14 negara, iaitu Bahrain, Hong Kong, Jepun, Korea, Kuwait, Macau, Malaysia, Filipina, Qatar, Arab Saudi, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Kejohanan selama seminggu itu akan mempertandingkan beberapa acara termasuk perseorangan, beregu, berpasukan dan all events, sebelum berakhir dengan perlawanan final Masters bagi menentukan juara individu.
Malaysia akan diwakili empat pemain untuk kategori lelaki, iaitu Muhammad Danial Abu Samah, Wan Muhammad Zarif Ikram Wan Mazlan, Muhammad Aiman Syahin Sulaiman dan Ethan Damien Goh.
Pasukan wanita pula dibarisi Adania Mohd Redzwan, Adelia Nur Irwan Syazalee, Qurratu'Ain Izdihar Mohd Pozi dan Nurul Anis Nabila Mohd Nizam.
Kejohanan dwitahunan anjuran Persekutuan Boling Asia (ABF) itu menghimpunkan pemain lelaki dan wanita remaja terbaik dalam kalangan ahli ABF untuk bersaing merebut gelaran peringkat benua serta memperkasakan pembangunan sukan tenpin boling di Asia.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-22 dari 21 hingga 27 Ogos di Sunway Mega Lanes, melibatkan penyertaan pemain muda dari 14 negara Asia.
- Kejohanan ini mempertandingkan acara perseorangan, beregu, berpasukan, all events dan final Masters, dengan Malaysia diwakili lapan pemain remaja lelaki dan wanita.
- Acara dwitahunan anjuran Persekutuan Boling Asia ini bertujuan mencungkil bakat remaja dan memperkukuh pembangunan sukan tenpin boling di peringkat benua.