Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan Elektronik Dunia (WESG) Asia Pasifik 2019-2020 dengan disertai 260 pemain dari 58 negara di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini, dari 3 hingga 5 Januari depan.
Empat permainan e-sukan iaitu DOTA2 (Defenders of the Ancients), Counter Strike: Global Offensive (CS GO), Starcraft 2 dan Pro Evolution Soccer (PES) akan dipertandingkan untuk merebut hadiah wang tunai US$300,000 (RM1.248 juta) serta tiket ke pusingan Grand Final WESG di China, tahun depan.
WESG merupakan inisiatif, Alibaba Sports, anak syarikat gergasi e-dagang China, Alibaba Group, manakala final WESG Asia Pasifik dianjurkan bersama dengan Esports International Group (EIG) dari Hong Kong, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan SBS Events.
Pengarah Kanan Global Esports, Alibaba Sports, Jason Fung, dalam sidang media, di sini pada Isnin, berkata WESG Asia Pasifik buat pertama kali dianjurkan di luar China.
"Sokongan luar biasa daripada semua rakan kongsi kami membolehkan Malaysia dipilih sebagai negara tuan rumah," katanya.
BACA: Sukan SEA: 'Permulaan positif' - Atlet e-sukan teruja dengan pengiktirafan
Sempena dengan pertandingan, sebuah Persidangan Teknologi Kewangan (FinTech) WESG, diiktiraf oleh MDEC, akan diadakan pada 2 Januari ini bagi membincangkan teknologi kewangan dalam e-sukan di Malaysia dan pembangunan teknologi 5G dalam e-sukan.
Persidangan tersebut menampilkan penceramah utama seperti pakar undang-undang siber, korporat dan keselamatan, Prof Simon Choi, Ricky Lau, ketua firma perundingan haratanah terkemuka global, Savills dan Brian Au, pakar pembangunan strategik di Asia Pasifik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 09 2019

Sebuah Persidangan Teknologi Kewangan (FinTech) WESG akan diadakan pada 2 Januari ini bagi membincangkan teknologi kewangan dalam e-sukan di Malaysia dan pembangunan teknologi 5G dalam e-sukan. - Gambar hiasan

PRU15 | PKR bakal lancar kempen hari ini
Bahang Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin dirasai, sungguhpun Perdana Menteri belum mengumumkan bilakah tarikh sebenarnya. Pada ketika ini, beberapa parti sudah menggerakkan kempen atau jelajah untuk berjumpa akar umbi.dan mendapatkan sokongan. Ia termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hari ini bakal melancarkan kempen mereka. Kita nak bercakap mengenai strategi parti, apakah sentimen yang akan dimainkan. Untuk itu kita akan bersama Prof Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik USM

AS umum pakej bantuan ketenteraan bernilai AS$775 juta untuk Ukraine
Pakej itu diumumkan ketika serangan terbaharu dipercayai berlaku di bandar Belgorod, Rusia pada Khamis.

Persidangan G20 | Xi Jinping, Vladimir Putin dijangka hadir
Xi Jinping dan Vladimir Putin dijangka akan menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) pada November ini di Bali, Indonesia.

Kebakaran | Tiga rentung di Sandakan
Tiga individu rentung dalam kebakaran rumah di Taman Rajawali, dekat Batu Tujuh, Sandakan pada Jumaat, malam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki.

Muktamar Pas: Tiada usul putuskan hubungan dengan UMNO diterima - Takiyuddin

AWANI Pagi: Pengisian merdeka bermula dari rumah
Kurang dua minggu sahaja lagi, kita akan menyambuat Hari Kebangsaan 31 ogos 2022, pastinya kehangatan menyambut itu semakin di rasai. Dengan konsep sambutan kali ini temanya: 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'

3.78 juta ketibaan pelancong direkod di Thailand
Ketibaan itu terutamanya dari Malaysia, India dan Singapura menjana pendapatan 176 bilion baht.

Pesawat terlepas landasan, juruterbang dilapor tertidur ketika penerbangan
Insiden berlaku pada 15 Ogos lalu ketika pesawat Boeing 737-800 milik Ethiopian Airlines itu dalam perjalanan dari Khartoum ke Addis Ababa.

Ikan, ketam kena ujian calitan COVID-19 di Xiamen
Walaupun mungkin kelihatan luar biasa tetapi ia bukan kali pertama ikan hidup telah diuji untuk COVID-19.

Bateri saja tidak cukup, Jokowi mahu Tesla keluarkan kereta elektrik di Indonesia
Indonesia mahukan "ekosistem besar kereta elektrik" dan bukan hanya menggunakan sumber aslinya untuk membuat bateri.