Malaysia perlu memberi tumpuan pada acara akuatik dan olahraga untuk mengungguli Sukan SEA 2017 selaku tuan rumah, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata perlu ada strategi untuk mengungguli Sukan SEA 2017 di samping perlu adil pada sukan lain yang menyumbang pada kejayaan kontinjen negara.
Kajian mendalam akan dibuat bagi mengenal pasti acara yang dapat menyumbang pingat terbanyak, katanya.
"Kini, olahraga dan akuatik merupakan cabaran besar kita. Untuk menjadi juara keseluruhan pada 2017 nanti, tumpuan lebih kepada acara ini perlu diberi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai program FitMalaysia peringkat negeri di Universiti Teknoloji Mara (UiTM) Perlis di sini hari ini yang dilancarkan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.
Khairy berkata sebagai persediaan kementerian telah menghantar atlet pelapis bagi acara akuatik pada Sukan SEA Singapura yang sedang berlangsung dan menurutnya atlet terbaik dalam acara itu akan dihantar menjalani latihan di luar negara.
Berhubung kekalahan pasukan bola sepak negara pada Sukan SEA Singapura, beliau berkata: "Dari segi matematik, kekalahan pasukan bola sepak di Sukan SEA yang riuh satu negara tidak ada kesan kerana ia hanya satu pingat walaupun pingat emas acara bola sepak dianggap ibu segala pingat".
Khairy berkata beliau puas hati dengan pencapaian kontinjen negara di Singapura setakat ini yang disifatkannya berada di landasan betul dengan menduduki tempat keempat.
Mengenai program FitMalaysia Perlis, beliau yang turut menyertai acara kayuhan sejauh 30 kilometer, berpuas hati dengan penglibatan lebih 10,000 orang.
Empat disiplin FitMalaysia adalah berlari, berbasikal, aktiviti kecergasan dan seni pertahanan diri.
Khairy berkata FitMalaysia seterusnya akan diadakan di Pulau Pinang selepas Aidilfitri dan kemuncak pada Hari Sukan Negara di ibu negara pada 10 Okt.
Astro Arena
Sat Jun 13 2015
Malaysia perlu memberi tumpuan pada acara akuatik dan olahraga untuk mengungguli Sukan SEA 2017 selaku tuan rumah, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Malaysia dominasi lapan acara sukan
62 pingat emas merupakan catatan baru buat Malaysia dan hasil kejayaan kontinjen negara dapat dilihat menerusi pendominasian dalam lapan acara yang dipertandingkan di temasya Sukan SEA, Singapura.
Khairy puji pengaruh besar atlet pelapis di Sukan SEA
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan formula penyenaraian kelompok besar atlet pelapis di Sukan SEA Singapura menyumbang kepada kejayaan negara meraih pencapaian terbaik sejak 2007.
Atlet gimnas raih emas luar biasa
Altet gimnas negara Koi Sie Ya dan N Shasangari Sivaneswary membuat kejutan dalam acara gimnastik berirama apabila keduanya merangkul pingat emas di Pusat Sukan Bishan hari ini.
Takraw tamatkan penantian 10 tahun emas
Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas sepak takraw adalah pada Sukan SEA 2005 di Filipina.
Regu lelaki sepak takraw tambah koleksi emas negara
Pasukan sepak takraw raih pingat emas dalam acara regu lelaki selepas memenangi perlawanan liga hari ini.
Aaliyah Yoong curi tumpuan sekali lagi
Atlet waterski berusia 11 tahun Aaliyah Yoong hari ini mencipta satu lagi kejayaan apabila berjaya merangkul pingat perak di Bedok Resevoir dalam acara waterski lompat wanita hari ini.
Malaysia tumpu akuatik, olahraga untuk ungguli Sukan SEA 2017 - Khairy
Malaysia perlu memberi tumpuan pada acara akuatik dan olahraga untuk mengungguli Sukan SEA 2017 selaku tuan rumah, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Robert Ballard anggap olahraga tidak mengecewakan
Jumlah 14 pingat dalam 24 acara dianggap sesuatu yang positif buat pengarah teknikal olahraga negara, Robert Ballard yang melahirkan rasa puas hatinya dengan prestasi olahraga edisi kali ini.
Hakimi pecah rekod acara lompat kijang Sukan SEA
Atlet olahraga, Muhammad Hakimi Ismail melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan kemarau pingat emas negara selama 18 tahun dalam acara lompat kijang pada Sukan SEA ke-28.
Skuad hoki wanita Malaysia mara ke final
Juara bertahan, Malaysia menepati ramalan apabila mara ke final acara hoki wanita Sukan SEA ke-28 selepas menewaskan Indonesia 5-1 pada perlawanan terakhir pusingan awal hari ini.