Maloney senaraikan Annil ke Mongolia, tiada Arif Aiman dalam pasukan

Bernama
Oktober 19, 2021 20:29 MYT
Maloney (gambar) turut mempertaruhkan empat pemain muda yang beraksi bersama skuad senior kebangsaan pada aksi persahabatan di Amman, Jordan baru-baru ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan sah tidak diperkuatkan dengan kehadiran pemain muda meningkat naik Johor Darul Ta'zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi, pada pusingan Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2022 hujung bulan ini.
Namun, skuad B-22 bimbingan Ketua Jurulatih Brad Maloney bakal mendapat sentuhan pemain berpangkalan di Jerman bersama kelab SGV Freiberg Annil R Vigneswaran, berdasarkan senarai akhir 23 pemain dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.
Dalam senarai tersebut, Maloney turut mempertaruhkan empat pemain muda yang beraksi bersama skuad senior kebangsaan pada aksi persahabatan di Amman, Jordan baru-baru ini iaitu Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Quentin Cheng dan Mohamad Hakimi Abdullah.
Sementara itu, lima daripada sembilan pemain dari kem latihan pusat Fasa 2 skuad B-22 negara tidak berada dalam senarai akhir susulan kecederaan adalah Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri, Muhammad Firdaus Ramli, Muhamad Alif Abdul Mutalib, Chia Ruo Han dan K. Thivandaran.
Empat pemain lagi yang tidak berjaya menempatkan diri dalam senarai akhir adalah Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil, Muhammad Khairi Suffian Khaineyusri, Muhammad Aidil Azuan dan Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan.
Pada kempen kelayakan itu, Malaysia diundi bersama Laos, Mongolia selaku tuan rumah dan Thailand dalam Kumpulan J, dengan kesemua aksi akan berlangsung di Stadium Persekutuan Bola Sepak Mongolia (MFF) di Ulaanbaatar dari 25 hingga 31 Okt ini.
Malaysia akan bertemu Laos pada 25 Okt, Mongolia (28 Okt) dan Thailand (31 Okt) dalam usaha memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun.
Berikut senarai akhir 23 pemain skuad B-22 negara bagi menghadapi saingan Kumpulan J pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2022:
Nama Pasukan Umur
Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi Selangor FC 20
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman Selangor FC 19
Ahmad Zikri Mohd Khalili Selangor FC 19
Muhammad Azrin Afiq Rusmini Selangor FC 2 19
Muhammad Faiz Amer Runnizar Selangor FC 2 18
Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim Selangor FC 2 19
T. Saravanan Selangor FC 2 20
Harith Haiqal Adam Afkar Selangor FC 2 19
Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin Terengganu FC 22
Mohamad Hakimi Abdullah Terengganu FC 22
Nik Akif Syahiran Nik Mat Terengganu FC 22
Muhammad Azam Azmi Murad Terengganu FC 20
Muhammad Syafik Ismail Terengganu FC II 21
Muhammad Hairiey Hakim Mamat Terengganu FC II 21
Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar Terengganu FC II 21
Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan JDT II 19
Muhammad Shafi Azswad Sapari JDT II 20
Mohd Aiman Afif Md Afizul Kedah Darul Aman FC 20
Muhammad Azri Ab Ghani Perak FC 22
Quentin Cheng Penang FC 22
Azhad Harraz Arman Skuad Projek FAM-MSN 18
Luqman Hakim Shamsudin KV Kortrijk 19
Annil R Vigneswaran SGV Freiberg 18
-- BERNAMA
#Brad Maloney #skuad B-22 kebangsaan #Arif Aiman Mohd Hanapi #kelayakan piala Asia