Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) bersiap sedia untuk membuka semula sektor sukan permotoran secara berperingkat, seperti digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP) yang dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Menurut kenyataan media MAM pada Rabu, antara SOP yang digariskan termasuk menganjurkan perlumbaan secara tertutup tanpa penonton dan menghadkan bilangan penyertaan.
Presiden MAM Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata badan induk sukan permotoran negara itu yakin KBS menyokong penuh usul untuk membenarkan penganjuran pertandingan sukan permotoran sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibubarkan.
"Kami menyambut baik cadangan kerajaan membenarkan aktiviti sukan permotoran bukan pertandingan diadakan semasa PKPP. Seperti sukan lain, kami perlu menyediakan SOP dengan teliti khusus untuk sukan permotoran, dalam tempoh percubaan, ubah suai jika perlu sebelum litar kembali dibuka untuk aktiviti trek dan perlumbaan.
"Kelulusan KBS, bergantung kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), kami berharap selewat-lewatnya pada September akan mendapat jadual penuh perlumbaan," katanya.
Komuniti sukan permotoran teruja untuk kembali beraksi tetapi memahami dan menghargai sokongan kerajaan dalam membendung penularan semula wabak COVID-19, katanya selepas pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Mokhzani turut menekankan sebagai sukan tanpa sentuhan, perlumbaan sukan permotoran diadakan di tempat terbuka yang mana penganjur dapat mengawal suasana pertandingan dengan baik.
Katanya, litar akan mengenakan sekatan ketat bagi memastikan setiap langkah yang diambil itu bebas daripada COVID-19, sementara komuniti sukan permotoran diminta bekerjasama dengan mematuhi SOP ditetapkan.
"Kami bertuah mendapat sokongan penuh daripada kementerian. Kami akan membentangan video gambaran pelaksanaan perlumbaan mengikut SOP ditetapkan kepada kementerian. Pelaksanaan SOP yang praktikal akan memastikan penggunaan trek yang baik di samping amalan kesihatan seperti yang disasarkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 17 2020
Mokhzani turut menekankan sebagai sukan tanpa sentuhan, perlumbaan sukan permotoran diadakan di tempat terbuka yang mana penganjur dapat mengawal suasana pertandingan dengan baik. - Gambar fail
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.