[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
SPORTS

Mampukah Mo Salah bantu Mesir julang AFCON 2023?

Astro Arena 13/01/2024 | 08:15 MYT
Penyerang Liverpool itu terlepas sepakan penalti pada perlawanan akhir Afcon edisi 2021 menentang Senegal. - Foto Stadium Astro
MOHAMED SALAH akan berusaha untuk mengetuai Mesir untuk mencatat rekod kejayaan kelapan apabila Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 bermula di Ivory Coast pada hari Sabtu.
Penyerang Liverpool itu terlepas sepakan penalti pada perlawanan akhir Afcon edisi 2021 menentang Senegal, dengan bekas rakan sepasukan The Reds, Sadio Mane menjaringkan sepakan penalti kemenangan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Juara bertahan itu adalah antara pilihan untuk menjulang trofi tetapi berdepan ancaman dari seluruh benua, dengan ketidakpastian kejohanan yang digariskan oleh fakta tujuh edisi yang lalu menghasilkan tujuh pemenang yang berbeza.
Maghribi adalah pasukan ranking teratas Afrika di tempat ke-13 dunia selepas kempen bersejarah mereka mara hingga ke separuh akhir Piala Dunia 2022, walaupun Nigeria boleh berbangga dengan penyerang sensasi mereka, iaitu Pemain Bola Sepak Afrika Terbaik, Victor Osimhen.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro

#Mohamed Salah #Mesir #Liverpool #Piala Negara-Negara Afrika