[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
SPORTS

Man United terlepas peluang juarai Kumpulan E

Astro Arena 04/11/2022 | 01:00 MYT
Alejandro Garnacho menjaringkan gol ketika perlawanan Liga Europa Kumpulan E antara Real Sociedad dan Manchester United di Reale Arena, San Sebastian, Sepanyol, 3 Nov 2022. (Foto AP)
JARINGAN Alejandro Garnacho memberikan Manchester United kemenangan Liga Europa 1-0 ke atas Real Sociedad awal pagi tadi namun kelab Sepanyol itu kekal di puncak Kumpulan E.
Kemenangan menerusi dua jaringan atau lebih hanya memberikan United peluang menjuarai peringkat kumpulan berdasarkan rekod pertemuan, dan jaringan awal Garnacho menghidupkan peluang skuad kendalian Erik ten Hag mencapainya.
Namun corak permainan bertahan yang cukup mantap menyaksikan cukup La Real untuk United memperoleh jaringan kedua, walaupun diberikan tekanan di penghujung permainan.
Skuad kendalian Ten Hag turut mara namun dipaksa untuk menghadapi dua aksi play-off dengan pasukan yang tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara, senarai yang termasuk Barcelona dan Juventus.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #Alejandro Garnacho #Liga Europa #Real Sociedad