Man United tolak bidaan GBP20 juta buat Harry Maguire

Astro Arena
Julai 29, 2023 00:40 MYT
Banyak kelab telah dikaitkan dengan perpindahan musim panas untuk Maguire (gambar) dan West Ham telah menyaksikan bidaan bernilai GBP20 juta untuknya ditolak. - Foto Astro ARENA
WEST Ham tidak mungkin kembali untuk mendapatkan kapten Manchester United, Harry Maguire, selepas melihat tawaran GBP20 juta telah ditolak.
Gergasi Old Trafford itu menjadikan pemain antarabangsa England itu sebagai pertahanan termahal dalam sejarah apabila membawanya masuk dari Leicester dengan nilai GB80 juta pada 2019.
Maguire segera diberikan lilitan kapten, tetapi kekurangan prestasi dan masa permainan menyebabkan Erik ten Hag pada bulan ini menamakan Bruno Fernandes sebagai kapten baharu United.
Banyak kelab telah dikaitkan dengan perpindahan musim panas untuk pemain pertahanan yang tidak digemari itu dan West Ham telah menyaksikan bidaan bernilai GBP20 juta untuk pemain berusia 30 tahun itu ditolak.
Agensi berita, PA difahamkan pemenang Liga Conference Europa itu tidak mungkin berusaha meningkatkan bidaan tersebut selepas tawaran mereka telah ditolak United.

After discussions with the manager today he has informed me he is changing captain. He outlined his reasons to me and whilst Im personally extremely disappointed, I will continue to give my all every time I wear the shirt. So I wanted to say a massive thank you to the pic.twitter.com/TAOS0eisF1

— Harry Maguire (@HarryMaguire93) July 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Maguire telah diketepikan daripada pilihan utama bersama United, namun sumber menunjukkan dia masih dilihat sebagai peranan penting dalam skuad dan menegaskan mereka tidak memaksanya keluar.
Pemain pertahanan itu bagaimananapun kekal sebagai pemain penting skuad England, walaupun mengharungi kempen buruk 2022/23, tetapi tempatnya mungkin tidak terjejas jika keadaan tidak bertambah baik sebelum Euro 2024.
#Manchester United #West Ham #Harry Maguire #tolak bidaan GBP20 juta