Manchester City mara ke suku akhir Piala FA dengan sejarah baru

Astro Arena
Februari 11, 2021 01:56 MYT
Raheem Sterling dan pemain Swansea City Marc Guehi beraksi semasa perlawanan pusingan kelima Piala FA antara Swansea City dan Manchester City di Stadium Liberty, Swansea, Wales, Britain, 10 Feb, 2021. REUTERS
SWANSEA 1 MANCHESTER CITY 3
Pep Guardiola berasa bangga dengan kejayaaan Manchester City melakar sejarah menerusi kemenangan 3-1 ke atas Swansea City untuk melangkah ke suku akhir Piala FA.
Pemimpin Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menundukkan wakil Liga Kejuaraan berkenaan di Stadium Liberty, awal pagi tadi, di mana mereka meraih kemenangan ke-15 berturut-turut.
Kemenangan terbaru The Citizens itu menyaksikan mereka mengatasi rekod 14 rentetan kemenangan yang dirakamkan Preston & North End pada 1891-92 sementara Arsenal pada 1987, sekali gus membuka laluan buat mereka merebut empat kejuaraan musim ini.
Kyle Walker membuka jaringan dalam separuh masa pertama sebelum Raheem Sterling meledak jaringan ke-12 peribadinya musim ini sebaik perlawanan bersambung dan gol Gabriel Jesus beberapa minit kemudian mengesahkan aksi cemerlang mereka.
Morgan Whittaker cuba merapatkan jurang 1-3 dengan rembatan kiri kanannya selepas pemain tengah dari Sepanyol, Rodri, terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan, lantas Guardiola berharap tahapnya tidak serius.
Pengurus City itu menghamburkan pujian terhadap barisan pemainnya sejurus kemenangan di Wales.

Clinical from captain Raheem Sterling #EmiratesFACup @ManCity pic.twitter.com/DyJVXnVz80

— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) February 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketika ditanya mengenai rekod itu, bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich tersebut berkata: "Ini adalah satu pesanan untuk diri kami sendiri. Kami datang ke mari untuk menang, itu adalah perkara paling penting.
"Kami tidak dapat menafikan betapa gembira dan bangganya kami mampu memecahkan rekod lama ini. Ia pasti akan diatasi.
"Tidak mudah pada era moden untuk mencatat 15 kemenangan berturut-turut. Kami gembira untuk kelab kami."
Guardiola menambahkan: "Saya berasakan Swansea akan menciptakan peluang dan berbahaya di jentera serangan.
"Mereka begitu agresif tetapi kami mengawal tempo permainan dan kami mencipta banyak peluang cuma gagal memanfaatkannya."

#ManCity | https://t.co/axa0klD5re pic.twitter.com/6WAmQc8cXH

— Manchester City (@ManCity) February 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Liga Perdana Inggeris #EPL #Manchester City #Pep Guardiola #Swansea City #Piala FA #kemenangan ke-15 #Kyle Walker #Raheem Sterling #Gabriel Jesus