Manchester City menang lagi, gelaran juara EPL hampir pasti

Astro Awani
Disember 23, 2017 23:13 MYT
Aguero ledak dua jaringan sekaligus catat gol ke-101 di Stadium Etihad - Reuters
MUNGKIN hanya keajaiban yang mampu menghalang Manchester City untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris EPL musim ini.
Kehebatan barisan pemain didikan Pep Guardiola ini musim ini tidak boleh disangkal lagi apabila mencatat kemenangan ke-17 berturut-turut dengan membelasah Bournemouth 4-0 pada Sabtu.
Sergio Aguero sekali lagi jadi watak penting di sebalik kemenangan The Citizens dengan menyumbat dua jaringan. Gol pembukaan pada minit ke-27 Aguero merupakan yang ke-100 diledak bintang Argentina ini di Stadium Etihad.
Aguero menambah satu lagi gol minit ke-79 sementara dua lagi jaringan disumbang Raheem Sterling minit ke 53 dan Danilo, lima minit sebelum tamat masa sebenar perlawanan.
Ini kemenangan ke-18 daripada 19 perlawanan untuk City makin kukuh di takhta EPLdengan 55 mata, jauh meninggalkan pencabar terdekatnya Manchester United dengan perbezaan 13 mata.
#Danilo #EPL #Manchester City #Pep Guardiola #Raheem Sterling #Sergio Aguero