awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester City rangkul trofi pertama musim ini

Sinar Harian
Sinar Harian
17/08/2023
02:00 MYT
Manchester City rangkul trofi pertama musim ini
Manchester City merangkul kejuaraan Piala Super UEFA selepas menewaskan Sevilla di Stadium Karaiskakis, Greece. - Foto AP
MANCHESTER City melaungkan amaran bahawa The Citizens telah bersedia mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara musim ini setelah menewaskan Sevilla 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan Piala Super UEFA di Stadium Karaiskakis, Piraeus, Greece pada Khamis.
Anak buah Pep Guardiola yang tampil dengan aura kemenangan 1-0 ke atas kelab Serie A Itali, Inter Milan di Stadium Olimpik Ataturk, Istanbul pada Jun lalu tampil lebih dominan apabila menguasai rentak permainan.
Bagaimanapun, Sevilla pimpinan Jose Luis Mendilibar yang tampil membawa semangat perjuangan Arsenal ketika menumbangkan Manchester City dalam Perisai Komuniti tidak kurang hebat apabila mengancam menerusi beberapa percubaan ke atas juara Liga Perdana Inggeris dan Piala FA itu.
Kegarangan Sevillistas berpusat di Stadium Ramon Sanchez-Pizjuan yang mengakhiri cabaran LaLiga di kedudukan ke-12 dalam kalangan 20 pasukan dijelmakan dengan jaringan pemain Maghribi, Youssef En-Nesyri.
Jaringan minit ke-25, En-Nesyri itu terhasil selepas menyudahkan sentuhan Marcos Acuna bagi membolehkan Sevilla memimpin perlawanan pada separuh masa pertama 1-0.
Separuh masa kedua, juara treble musim lalu kendalian Pep Guardiola kembali tampil lebih garang apabila kerap melakukan deretan percubaan berbahaya dalam misi pencarian trofi pertama musim ini.
Bintang muda The Citizens, Cole Palmer yang berusia 21 tahun akhirnya menghadirkan keceriaan buat kelab Inggeris tersebut menerusi kelincahannya dalam perlawanan tersebut.
Palmer menyamakan kedudukan menerusi jaringan minit ke-63 selepas menyudahkan bantuan gol daripada Rodri bagi menjadikan keputusan terikat 1-1.
City berpeluang memimpin kembali permainan, namun sentuhan Nathan Ake pada masa tambahan diselamatkan oleh Yassine Bounou.
Sebagai rekod, Piala Super UEFA merupakan perlawanan antara pemenang Liga Juara-Juara musim lalu menentang juara Liga Europa.
Kelab LaLiga Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid serta jagoan Serie A Itali, AC Milan merupakan tiga kelab paling berjaya merangkul trofi dengan lima kejuaraan masing-masing. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manchester City
#The Citizens
#Pep Guardiola
#Cole Palmer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan