Manchester City 'tenggelamkan' Arsenal di Emirates

Sinar Harian
Januari 1, 2022 21:19 MYT
Aksi Rodrigo (tengah) ketika menjaringkan gol kedua pasukannya sambil dikepung pemain lawan Rob Holding (kiri) dan Ben White ketika perlawanan EPL antara Arsenal dan Manchester City di Stadium Emirates, London, England, 1 Jan 2022. (Foto AP)
GOL masa kecederaan daripada pemain tengah, Rodri memberikan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City kemenangan 2-1 ke atas Arsenal dalam perlawanan di Stadium Emirates, yang menyaksikan tuan rumah beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan Gabriel dibuang padang.
Biarpun tanpa pengendali, Mikel Arteta terlepas perlawanan selepas positif Covid-19, The Gunners berjaya mengetepikan kenangan dibelasah 5-0 lawan sama pada Ogos lalu apabila mendahului hasil jaringan minit ke-31 Bukayo Saka yang menyambar hantaran Kieran Tierney.
Pelawat tampil ke laman keramat kelab London itu bagi pemburuan kemenangan ke-11 liga bangkit mengasak pada babak kedua akhirnya dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Riyad Mahrez selepas Granit Xhaka mengasari Bernardo Silva dalam kotak penalti.
Gabriel Martinelli berpeluang meletakkan Arsenal kembali di hadapan beberapa saat selepas itu sebelum Gabriel dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Gabriel Jesus pada minit ke-59.
The Citizens yang bijak mengambil peluang kekurangan pasukan tuan rumah akhirnya berjaya merealisasikan misi tiga mata di bumi London hasil jaringan Rodri pada minit ke-93.
Artikel asal di Sinar Harian
#EPL #Manchester City #Arsenal