awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United akhirnya julang gelaran di Hong Kong!

Astro Arena
Astro Arena
31/05/2025
00:10 MYT
Manchester United akhirnya julang gelaran di Hong Kong!
Manchester United menutup aksi persahabatan pasca-musim dengan kemenangan 3-1 ke atas Hong Kong, malam tadi.
MANCHESTER United menutup aksi persahabatan pasca-musim dengan kemenangan 3-1 ke atas Hong Kong, malam tadi.
United hadir ke Hong Kong bagi perlawanan kedua aksi persahabatan susulan tewas 1-0 kepada ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Casemiro berjaya menanduk masuk hantaran silang Bruno Fernandes namun ia dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid.
United yang serba berbeza berbanding perlawanan yang berlangsung di SNBJ menampilkan corak permainan yang lebih menarik kali ini namun gagal mendapatkan gol pembukaan.
Sebaliknya, Hong Kong berjaya mendahului menerusi Juninho pada minit ke-19 menerusi Juninho, melakukan rembatan leret gagal ditampan penjaga gol United, Tom Heaton.
United kian terdesak menyamakan kedudukan, dengan percubaan demi percubaan gagal menerjah masuk ke gawang Hong Kong.
Bersambung dalam separuh masa kedua, United memperkenalkan Amad Diallo, Manuel Ugarte, Mason Mount serta Chido Obi dan percaturan Ruben Amorim mengubah landskap perlawanan sehingga Obi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-50.
Corak permainan memihak United dan kerap kali melancarkan serangan demi serangan bagaimanapun gagal membuahkan hasil.
Obi menggandakan kelebihan United apabila menanduk masuk hantaran silang Mount sebelum Ayden Heaven menyempurnakan kemenangan United. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Hong Kong
#perlawanan persahabatan
#ASEAN All Stars
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan