awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United jadikan hidup Liverpool lebih mudah - Salah

Astro Arena
Astro Arena
19/04/2022
23:52 MYT
Manchester United jadikan hidup Liverpool lebih mudah - Salah
Aksi Mohamed Salah meraikan kejayaan menjaringkan gol keempat pasukannya ketika perlawanan EPL antara Liverpool dan Manchester United di stadium Anfield, Liverpool, England, 19 Apr 2022. (Foto AP)
LIVERPOOL 4 MAN UTD 0
Mohamed Salah menamatkan kemarau jaringannya dengan mencipta sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Manchester United, tetapi penyerang Liverpool itu tidak pernah sekalipun meragui ketajamannya.
Selepas buntu jaringan dalam enam perlawanan, Salah melebarkan gol pembukaan Luis Diaz dalam kemenangan 4-0 ke atas seteru itu sekali gus meletakkan The Reds di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.
Pemain antarabangsa Mesir itu kemudian menggandakan jaringannya pada minit ke-85 untuk muncul sebagai pemain pertama yang menjaringkan lima gol EPL ke atas United dalam semusim.
Dua gol daripada pertembungan itu menamatkan penantian dua bulannya dalam permainan terbuka liga selepas tiga jaringan terdahulu dihasilkan menerusi sepakan penalti.
"Saya pernah berkali-kali berkata sebelum ini bahawa saya telah menjaringkan banyak gol untuk kelab ini. Ia akan terus datang," katanya kepada Sky Sports.
"Kadangkala anda bernasib malang tetapi kemenangan pasukan adalah perkara yang paling penting. Jika pasukan tidak menang, saya tidak akan gembira. Tetapi jika pasukan menang, semuanya akan menyusul jadi saya tidak bimbang tentang soal jaringan."
Sadio Mane turut mencetak nama selaku penjaring gol ketika tuan rumah melengkapkan agregat 9-0 ke atas The Red Devils.
Satu-satunya kekalahan yang lebih teruk pelawat dalam sejarah liga ialah ketika terkulai di tangan Sunderland dengan agregat 0-11 pada 1892-93.
Diminta menjelaskan penguasaan anak buah Klopp itu musim ini, Salah berkata: "Mereka menjadikan hidup kami mudah iaitu di bahagian tengah dan belakang. Mereka sentiasa kehilangan bola ketika satu lawan satu.
"Apabila kami bertahan dengan baik, kami tidak bolos di sini dan di sana juga, mereka menjadikan hidup kami lebih mudah untuk menjaringkan gol.
"Kami turun dan hanya mahu menjaringkan gol. Sebaik sahaja kami mendapat yang pertama, kami mahukan yang kedua. Sebaik sahaja kami dapat yang kedua, kami nak yang ketiga pula.
"Ia adalah satu persembahan terbaik daripada kami, baik di sini mahupun di tempat lawan.
"Jadi kami harap kami dapat teruskan seperti ini."
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Liverpool
#EPL
#Mohamed Salah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan