Manchester United lancar bidaan baru untuk dapatkan Mason Mount

Astro Arena
Jun 22, 2023 01:10 MYT
Mason muncul dalam barisan di Chelsea, menjaringkan 27 gol dan memberikan 22 bantuan dalam 129 penampilan Liga Perdana Inggeris. - Foto Astro ARENA
MANCHESTER United telah membuat bidaan mencecah GBP60 juta untuk Mason Mount ketika perbincangan diteruskan dengan Chelsea.
Pergerakan perpindahan menjadi perlahan di Old Trafford musim panas ini, terima kasih kepada keluarga Glazer yang enggan melepaskan kelab itu selepas menyatakan mahu menjualnya awal tahun ini.
Di sebalik ketidaktentuan itu, United telah membuat tawaran perpindahan untuk pemain tengah Chelsea, Mount, yang memiliki kontrak di Stamford Bridge musim panas hadapan.
Tawaran awal ditolak minggu lalu oleh kelab London barat itu, Red Devils difahamkan melakukan tawaran baru bernilai GBP55 juta, serta GBP5 juta sebagai tambahan.
Mount sudah pasti akan membantu memperkuatkan bahagian tengah United ketika Erik ten Hag terus membentuk imej dalam pasukan tersebut.

Mason Mount, Mount, Mount. pic.twitter.com/WmBjjgJKkC

— Chelsea FC (@ChelseaFC) December 27, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain tengah penyerang itu muncul dalam barisan di Chelsea, menjaringkan 27 gol dan memberikan 22 bantuan dalam 129 penampilan Liga Perdana Inggeris.
Pemain berusia 24 tahun itu -- pemenang Liga Juara-Juara bersama The Blues -- telah memenangi 36 penampilan England dan turun dalam aksi final Euro 2020 ketika tewas kepada Itali.
#Manchester United #Chelsea #Mason Mount #perpindahan pemain