SUKAN

Manchester United perlu ada lebih kualiti - Ruben Amorim

Astro Arena 20/07/2025 | 00:40 MYT
- Foto Manchester United
PENGURUS Manchester United, Ruben Amorim, menjelaskan bahawa pasukannya perlu menambah kualiti dalam skuad bagi mencapai matlamat mereka untuk saingan musim baru nanti.

The Red Devils memulakan kempen pramusim dengan keputusan seri tanpa jaringan berdepan Leeds United di Sweden, dengan lawan ke Amerika Syarikat berada dalam agenda mereka seterusnya nanti.

Namun, Amorim berasa gembira dengan suasana dalam pasukannya tetapi menegaskan kelab itu perlu menambah lebih banyak kekuatan jika mahu berjaya dalam edisi 2025/26 nanti.

"Saya berasakan persekitaran sangat baik. Sudah tentu, ada kalanya kami akan bergelut tetapi apa yang saya rasa saat pertama ialah kami akan berjuang, kami akan berjuang bersama-sama dan itu adalah permulaan bagi segala-galanya.

"Dan kemudian kami perlu meletakkan kualiti tetapi kelab ini hanya mengenai usaha, ia adalah kualiti dan anda perlu menang perlawanan," katanya kepada MUTV.




#Manchester United #Leeds United #Ruben Amorim #kempen pramusim