awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United sah lantik Rangnick sebagai pengurus interim

Astro Arena
Astro Arena
30/11/2021
01:39 MYT
Manchester United sah lantik Rangnick sebagai pengurus interim
Manchester United sah melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim sehingga penghujung musim ini. -Foto stadiumastro.com
MANCHESTER United sah melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim sehingga penghujung musim ini.
Selepas legenda kelab itu, Ole Gunnar Solskjaer, meninggalkan jawatan pengurus tidak lama selepas kekalahan memalukan 1-4 di tangan Watford pada 20 November lalu, The Red Devils memilih untuk mencari seorang pengurus interim bagi menamatkan musim ini sementara mereka menemui seorang calon tetap.
Rangnick, 63, meninggalkan peranannya selaku ketua bahagian sukan dan pembangunan di Lokomotiv Moscow untuk menerima tawaran di Old Trafford, yang ketika ini diisi secara sementara oleh Michael Carrick.
Bekas pemain tengah, Carrick, mengambil peranan itu selepas ketiadaan Solskjaer dan berhasil menewaskan Villarreal 2-0 dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan mengikat pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, 1-1 hujung minggu lalu.
Rangnick dijangka akan menguruskan pasukan itu sehingga penghujung musim ini sebelum beralih ke bahagian perundingan selama dua tahun.
The Red Devils kini berada di tangga kelapan EPL dengan ketinggalan lima mata di belakang kelompok empat teratas dan 12 mata dibezakan dengan Chelsea.
Topic Berkaitan
#Ralf Rangnick
#Manchester United
#Liga Perdana Inggeris
#Ole Gunnar Solskjaer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan