Ringkasan AI
- Pasukan utama The Red Devils akan hadir ke Malaysia untuk perlawanan istimewa menentang ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei sebagai sebahagian daripada jelajah pasca musim mereka.
- Ketua jurulatih Ruben Amorim menegaskan bahawa kehadiran keseluruhan pasukan bukan sekadar tuntutan komersial tetapi sebagai tanda penghargaan kepada penyokong setia yang terus menyokong mereka meskipun melalui musim yang sukar.
- Selepas perlawanan di Malaysia, Manchester United akan bertemu pasukan tuan rumah Hong Kong pada 30 Mei sebelum perlawanan terakhir mereka berdepan Tottenham Hotspur di Bilbao pada 21 Mei.
Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu akan membawa keseluruhan pemain tonggaknya ke Kuala Lumpur bagi aksi istimewa menentang ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 28 Mei nanti.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, dengan senarai pemain yang akan menyertai jelajah pasca musim kelab ke Kuala Lumpur dan Hong Kong pada hujung Mei ini.
Menurut kenyataan di laman web United, Amorim berkata kehadiran penuh skuad bukan sekadar tuntutan komersial, sebaliknya sebagai simbol penghargaan kepada peminat yang setia menyokong kelab itu.
"Kami akan berhubung dengan peminat kami di seluruh dunia dan itu penting, terutamanya apabila kami kalah dan mengecewakan penyokong kami dalam musim yang sukar ini.
"Jadi, saya rasa itu adalah sekurang-kurangnya yang boleh kami lakukan.
"Kami akan membawa seluruh pasukan, termasuk pemain muda, dan kakitangan juga akan turut serta. Kami telah mengalami banyak perubahan dalam kakitangan, jadi kami cuba membina sesuatu sebagai sebuah keluarga. Saya rasa itu juga satu perkara yang baik," katanya dipetik sebagai berkata.
Skuad The Red Devils dijadualkan menentang pasukan ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum terbang ke Hong Kong untuk aksi menentang pasukan tuan rumah di Stadium Hong Kong pada 30 Mei.
United, yang menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga ke-15 bakal berdepan Tottenham Hotspur di Bilbao pada 21 Mei ini.
