Manchester United sahkan kedudukan empat kelab teratas

Astro Awani
Mei 9, 2021 23:13 MYT
Manchester United mengesahkan kedudukan selaku empat kelab teratas musim ini. -AP
MANCHESTER United mengesahkan kedudukan selaku empat kelab teratas musim ini.
Ia selepas kelab gergasi bola sepak itu mencatat kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa.
Berkunjung ke Villa Park, Manchester United bagaimanapun ketinggalan satu gol.
Tuan rumah membuka jaringan seawal minit ke-24.
Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.
Di separuh masa kedua, United mula mengorak langkah.
Ia menyamakan kedudukan dengan jaringan penalti Bruno Fernandes pada minit ke-52.
Ini diikuti dua lagi gol pada minit ke-56 dan 87.
Kemenangan menyebabkan seteru United, Manchester City perlu menunggu lebih lama sebelum ditabal Juara EPL musim ini.
#bola sepak #Manchester United #Aston Villa #EPL #Manchester City #Villa Park #Bruno Fernandes