awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United sedia bincang kontrak baru Cavani

Astro Arena
Astro Arena
20/02/2021
04:58 MYT
Manchester United sedia bincang kontrak baru Cavani
Aksi Edinson Cavani ketika menjaringkan gol pembukaan pasukannya dalam perlawanan EPL antara Manchester United dan Everton di Stadium Old Trafford, Manchester, England, 6 Feb, 2021. (Foto AP)
MANCHESTER United akan mengadakan perbincangan dengan Edinson Cavani dalam masa terdekat memandangkan kontrak jangka pendeknya akan berakhir, kata pengurus Ole Gunnar Solskjaer.
Penyerang Uruguay itu berkelana ke Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Oktober lalu dengan perjanjian semusim bagi menepati hasrat Solskjaer untuk mendapatkan penggempur berpengalaman bagi melengkapkan kuota yang dibarisi Marcus Rashford, Anthony Martial dan Mason Greenwood.
Pada saat kedatangannya, The Red Devils mengumumkan bahawa mereka mempunyai pilihan untuk melanjutkan perjanjian dengan Cavani untuk semusim lagi dan bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu dilaporkan juga berminat untuk kekal.
Dia telah menyumbat enam gol dalam lapan permulaan EPL termasuk sembilan sebagai pemain gantian, rata-rata dia meledak satu gol dalam setiap 140.83 minit.
Ia merupakan nisbah minit-gol terbaik dalam skuad United bagi saingan EPL musim ini sementara Bruno Fernandes (144.21 minit setiap gol) di tempat kedua.
Solskjaer menganggap Cavani sebagai pilihan utamanya apabila mempertaruhkan pemain berusia 34 tahun itu dalam kesebelasan utamanya dalam perlawanan terakhir liga.
"Saya hanya boleh mengatakan bahawa Edinson telah beraksi dengan baik," kata Solskjaer menjelang perlawanan menentang Newcastle United di tempat sendiri, awal pagi Isnin ini,
"Saya kagum dengannya. Dia benar-benar serasi bersama kumpulan pemain ini dan kami akan duduk dan berunding dengannya dalam masa terdekat bagi melihat perancangannya dan kami.
"Ini akan menjadi perbincangan yang baik. Kami selalu bercakap dengan pemain dan dengan situasi kontraknya pada masa ini, kami sangat gembira dengan apa yang telah dicapainya."
View this post on Instagram
A post shared by Manchester United (@manchesterunited)
Berdasarkan kata-kata dan tindakannya, pengurus berbangsa Norway itu kelihatan berminat untuk mengekalkan Cavani di Old Trafford.
Selepas melakar nama sebagai penjaring terbanyak PSG dengan 200 gol, Cavani kemudian membantu United mencabar gelaran di England biarpun ia kelihatan semakin pudar.
Manchester City unggul 10 mata di depan United dan Leicester City dan mereka perlu bangkit untuk menafikan trofi EPL ketiga pasukan kendalian Pep Guardiola itu dalam tempoh empat tahun.
"Kami tidak dapat menyembunyikan hakikat yang kami tempuhi dalam beberapa minggu terakhir ini," sambungnya.
Pengurus itu menganggap pasukannya perlu menemui semula semangat dengan mengatakan: "Newcastle akan menjadi perlawanan yang sangat penting bagi kami."
Mengakui gelaran semakin menuju ke City di peringkat ini, ia sama sekali tidak melemahkan semangat mereka.
"Saya tidak fikir ada yang akan mengatakan City tidak akan menjulangnya," katanya.
"Kami tetap akan memburu kemenangan dalam setiap perlawanan.
"Apa sahaja yang dilakukan oleh pasukan lain, kami tidak dapat mengawalnya. Kami cuma perlu mengawal diri. Kami di kedudukan kedua dan tentu saja cita-cita kami adalah untuk tidak mengakhiri liga dengan pencapaian yang lebih rendah daripada itu.
"Kami harus menjelmakan prestasi yang baik sekiranya ingin memberi tekanan kepada City dan tentunya ia akan bermula pada Ahad ini (awal pagi Isnin)."
Cavani dan Donny van de Beek terlepas kemenangan 4-0 ke atas Real Sociedad dalam Liga Europa, semalam, berikutan masalah otot tetapi masih sempat untuk cergas bertemu Newcastle sementara Paul Pogba sebaliknya akan tetap tersisih.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Edinson Cavani
#Ole Gunnar Solskjaer
#EPL
#perjanjian
#penggempur berpengalaman
#pemain gantian
#pilihan utama
#runding
#kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan