KELAB Bundesliga, Bayern Munich membariskan tujuh pemain termasuk Sadio Mane dalam senarai untuk dijual pada musim panas ini.
Mane ditandakan pada harga 17 juta pound (RM102 juta) kurang separuh daripada yuran dibayar Bayern untuk mendapatkannya dari Liverpool pada musim panas lalu.
Pemain berusia 31 tahun itu menyertai Bayern menerusi yuran perpindahan 35 juta pound (RM210 juta) dari The Red dan menandatangani kontrak tiga tahun.
Beraksi sebagai pemain sayap, Mane meledak 12 gol daripada 38 penampilan sepanjang musim pertamanya di Jerman tetapi menurut Sky Sports, dia mungkin dijual sebelum kempen 2023/24 bermula.
Selain Mane, turut berada dalam senarai untuk dilepaskan ialah Benjamin Pavard, Marcel Sabitzer, Ryan Gravenberch, Bouna Sarr, Alexander Nube dan Yann Sommer.
Penjualan itu adalah sebagai usaha Bayern untuk meraih dana bagi membeli penyerang sensasi Tottenham Hotspur, Harry Kane.
Bayern berusaha menandatangani penyerang itu sejak jendela perpindahan dibuka tetapi pengerusi Spurs, Daniel Levy enggan melepaskannya.
Spurs bulan lalu menolak tawaran awal berjumlah 60 juta pound (RM361 juta), biarpun kelab kemudiannya menafikan menerima bidaan rasmi.
Terbaharu Bayern sedia menawarkan bidaan lebih menarik berjumlah 70 juta pound (RM421 juta) berserta tambahan lain. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 12 2023
Mane ditandakan pada harga 17 juta pound (RM102 juta) kurang separuh daripada yuran dibayar Bayern untuk mendapatkannya dari Liverpool pada musim panas lalu. - Gambar/ AP
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Mane untuk dijual
KELAB Bundesliga, Bayern Munich membariskan tujuh pemain termasuk Sadio Mane dalam senarai untuk dijual pada musim panas ini.