Maria Sharapova gagal ujian doping

Agensi
Mac 8, 2016 02:14 MYT
Dalam sidang media khas, Sharapova mengakui hasil ujian menunjukkan kesan positif bagi bahan dadah terlarang meldonium. - Foto Kevork Djansezian/Getty Images/AFP
Bintang tenis wanita dunia Maria Sharapova mendedahkan beliau gagal dalam ujian dadah semasa Kejohanan Terbuka Australia di Melbourne, Januari lalu.
Dalam sidang media khas yang diadakan di Los Angeles, Sharapova mengakui hasil ujian menunjukkan kesan positif bagi bahan dadah terlarang meldonium.
Meldonium diumum sebagai bahan dadah terlarang sejak Januari tahun ini oleh Agensi Anti Doping Dunia.
Setakat ini Persekutuan Tenis Wanita masih belum mengumumkan bentuk hukuman terhadap Sharapova.
Kecederaan lengan yang berpanjangan memaksa bekas pemain nombor satu dunia itu menarik diri daripada beberapa perlawanan.
Kali terakhir Sharapova tewas kepada Serena Williams pada saingan suku akhir Kejohanan Australia Januari lalu.
#doping #Kejohanan Terbuka Australia #Maria Sharapova #meldonium