Martin raih kejuaraan sulung Moto3 dunia di Sepang

Bernama
November 4, 2018 03:50 MYT
Dari kiri, pelumba Itali, Enea Bastianini, pelumba Sepanyol, Jorge Martin dan seorang lagi pelumba Itali, Lorenzo Dalla Porta bergambar di podium selepas perlumbaan Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang, 4 Nov, 2018. (Foto AP)
Jorge Martin daripada pasukan Del Conca Gresini Moto3 yang memulakan perlumbaan di petak pertama meneruskan kecemerlangan dengan meraih kejuaraan sulungnya pada kejohanan dunia itu di Litar Sepang.
Pelumba daripada Sepanyol itu yang mencatatkan 38 minit 34.799 saat (s), telah mendahului sejak awal perlumbaan untuk memenangi Grand Prix Motosikal Malaysia 2018.
Dua penunggang Itali daripada pasukan Leopard Racing, Lorenzo Dalla Porta dan Enea Bastianini terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan ketiga, masing-masing dengan catatan masa 38:38.355s dan 38:38.556s.
Penunggang Malaysia, Adam Norrodin daripada pasukan Petronas Sprinta Racing, yang memberikan cabaran sengit, telah terbabas ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan namun berjaya meneruskan perlumbaan.
Beliau ketinggalan 1:37.387s di belakang pemenang.
-- BERNAMA
#adam norrodin #Del Conca Gresini #Grand Prix Motosikal #Itali #Jorge Martin #Leopard Racing #litar sepang #Malaysia #Moto3 #pelumba #sepanyol