PENGENDALI Belgium, Roberto Martinez, mencadangkan Romelu Lukaku mungkin akan meninggalkan Chelsea dengan Piala Dunia Qatar bakal tiba hujung tahun ini.
Chelsea mengeluarkan sejumlah wang yang bernilai GBP97.5 juta untuk membawa pulang Lukaku ke Stamford Bridge dari Inter Ogos lalu.
Penampilan Lukaku buat kali kedua bersama Chelsea tidak seperti apa yang dirancangkan setakat ini, dan pemain berusia 28 tahun itu sendiri menambah kritikan apabila memberitahu Sky Sport Italia bahawa dia tidak berpuas hati dengan situasinya bersama juara Eropah itu selepas kehilangan tempat dalam kesebelasan utama.
Bekas penyerang Everton dan Manchester United itu sekadar menjaringkan 12 gol dalam 35 penampilan musim ini di bawah kendalian Thomas Tuchel.
Martinez membayangkan penjaring gol terbanyak Belgium itu mungkin akan mencari kelab baru jika gagal mendapatkan tempat dalam skuad The Blues sebagai persiapan untuk menghadapi saingan di Qatar nanti.
"Kami berbincang mengenai pemain seperti Romelu, yang telah beraksi lebih 100 kaps dan cukup mengenali cara skuad kebangsaan ini," katanya kepada The Sun.
"Saya tidak akan mengadili atau menilai keadaan mana-mana pemain sehingga selepas musim panas kerana ia bukan situasi biasa.
"Masih ada tujuh bulan lagi untuk Piala Dunia dan mungkin anda akan membincangkan secara terperinci bagaimana perasaan pemain apabila ia semakin hampir dengannya berbanding sekarang.
"Tetapi akan ada ramai pemain yang bertukar kelab atau akan berasa dengan cara yang berbeza pada musim panas.
"Romelu perlu dinilai tentang perasaannya pada September, cara yang sama Eden Hazard lakukan dan beberapa pemain yang lain.
"Tetapi dia (Romelu) adalah salah seorang pemain yang perlu mengambil keputusan penting musim panas ini sebagai satu detik besar untuk kariernya."
Astro Arena
Mon Apr 04 2022

Romelu Lukaku (kanan) beraksi bersama pemain Lille Jose Fonte ketika perlawanan UCL antara Lille dan Chelsea, di Stade Pierre-Mauroy, Villeneuve-d'Ascq, Perancis, 16 Mac 2022. REUTERS

PayPal berhentikan 2,000 kakitangan berikutan kelembapan makroekonomi
Syarikat perkhidmatan kewangan PayPal dilaporkan akan mengurangkan 2,000 kakitangan di seluruh dunia selepas berdepan dengan kelembapan makroekonomi sekaligus memberi kesan kepada perniagaan firma itu

15 motosikal hangus
Sebanyak 15 buah motosikal musnah dalam kebakaran yang berlaku di kawasan parkir Flat Tuna, Jalan Seberang Jaya pada Khamis.

Serangan Nekad | Suspek kes letupan bom di masjid Pakistan ditahan
Beberapa suspek ditahan polis, dipercayai ada kaitan dengan kes pengebom bunuh diri yang mengorbankan lebih 100 orang di sebuah masjid dekat Pakistan. Polis kini sedang menyiasat kemungkinan pengebom itu mempunyai bantuan orang dalam bagi mengelak pemeriksaan keselamatan.

Ekonomi AS | The Fed naikkan kadar faedah kecil, kenaikan berterusan
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FED) melanjutkan perjuangannya menentang inflasi dengan menaikkan kadar faedah utamanya sebanyak suku mata, kenaikan kelapan sejak Mac 2022. FED turut memberi isyarat walapun inflasi semakin berkurangan, ia masih cukup tinggi untuk memerlukan kenaikan kadar faedah selanjutnya.

COVID-19 | Draf global tekankan ekuiti, elak kegagalan COVID berulang
Menurut draf awal perjanjian pandemik global yang disemak Reuters, ia termasuk langkah untuk menempah 20 peratus daripada ujian saringan, vaksin atau rawatan yang dibangunkan agar ia digunakan di negara-negara berpendapatan rendah.

Hina Islam | Insiden bakar al-Quran, OIC tuntut tindak balas tegas
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menuntut 'tindak balas yang tegas' terhadap kejadian membakar salinan al-Quran di Sweden, Belanda dan Denmark baru-baru ini. Blok Islam itu menyuarakan pendirian bersama terhadap penghinaan al-Quran baru-baru ini dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan di Jeddah, Arab Saudi.

COVID-19 | 325 kes baharu, tiada kematian dilaporkan
Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus kekal berada bawah 500 kes untuk 25 hari berturut-turut. Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Rabu naik kepada 325 berbanding 251 kes yang dicatatkan hari sebelumnya dan daripada jumlah itu, 2 adalah kes import.

Jenayah | Alec Baldwin didakwa secara rasmi tembak mati kru filem
Pelakon, Alec Baldwin secara rasmi didakwa pada Selasa atas tuduhan membunuh tanpa sengaja seorang ahli sinematografi di set filem 'Rust' pada Oktober 2021. Halyna Hutchins meninggal dunia ketika penggambaran filem itu' di Santa Fe, New Mexico selepas Baldwin melepaskan tembakan daripada pistol prop semasa latihan diadakan.

Krisis Myanmar | Junta umum lanjut tempoh darurat enam bulan
Junta Myanmar melanjutkan tempoh darurat negara itu selama enam bulan lagi. Perkara itu diumumkan dalam televisyen tempatan oleh pemimpin junta, Jeneral Min Aung Hlaing dalam pertemuan dengan Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara (NDSC). Beliau turut berkata pilihan raya berbilang parti mesti diadakan 'mengikut kehendak rakyat'.

UK Mogok | 500,000 guru, penjawat awam sertai 'Walkout Wednesday'
Dianggarkan sehingga setengah juta penunjuk perasaan terdiri daripada guru, penjawat awam dan pemandu kereta api Britain mengadakan mogok besar-besaran di London yang dikenali sebagai 'Walkout Wednesday'. Mogok yang menuntut gaji yang lebih tinggi itu adalah koordinasi terbesar pernah diadakan selama dalam tempoh sedekad.

Piala Dunia Qatar: Martinez letak jawatan
Roberto Martinez melepaskan jawatan sejurus pasukannya terkeluar daripada perebutan Piala Dunia Qatar 2022.

Martinez beri bayangan Lukaku bakal tinggalkan Chelsea
Bekas penyerang Everton dan Manchester United itu sekadar menjaringkan 12 gol dalam 35 penampilan musim ini.

Euro 2020: De Bruyne pacu kebangkitan Belgium ke pusingan kedua
Euro 2020: De Bruyne pacu kebangkitan Belgium ke pusingan kedua

Euro 2020: De Bruyne, Witsel terlepas aksi pembukaan
Perancang Manchester City itu mengalami keretakan di bahagian tulang hidung dan orbital ketika tewas dalam aksi final UCL kepada Chelsea.

Rudiger mohon maaf cederakan De Bruyne menjelang Euro 2020
Rudiger berkata dia benar-benar menyesal dengan padah daripada pertembungan itu, yang menyaksikan dia dilayangkan kad kuning dan perancang Manchester City berkenaan terpaksa dikeluarkan.

Belgium dahagakan kejuaraan Piala Dunia - Courtois
Belgium memulakan kempen kelayakan bagi kejohanan tahun depan dengan kemenangan 3-1 ke atas Wales, namun terikat 1-1 dengan Republik Czech Sabtu lalu.

Madrid perlukan izin Belgium untuk Martinez
Santiago Solari memegang jawatan pengurus sementara di Santiago Bernabeu selepas Julen Lopetegui dipecat susulan kekalahan 5-1 di tangan Barcelona, Ahad lalu.

Masa sudah tiba untuk skuad generasi emas Belgium menyinar di Piala Dunia
Peluang terbaik skuad generasi emas untuk memenangi Piala Dunia tahun ini namun skuad bintang Perancis menjadi penghalang utama.

Saya paling bangga di muka bumi ini, kata pengurus Belgium
Skuad kendalian Roberto Martinez itu merampas tumpuan untuk meraih kemenangan kelima berturut-turut dalam kejohanan kali ini.

Belgium bangkit untuk mengatasi Jepun 3-2
Nacer Chadli muncul wira pasukan Belgium dengan gol kemenangan dalam masa kecederaan selepas the Red Devils ketinggalan 2 gol.