awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAS sudah jangka hilang khidmat Wendy, Kimberly

Sinar Harian
Sinar Harian
23/05/2024
00:10 MYT
MAS sudah jangka hilang khidmat Wendy, Kimberly
MAS positif kemudahan kondusif antara yang akan membantu memperkasakan program pembangunan pelapis di seluruh negara. Gambar kecil: Bryan Nickson Lomas. - Foto Sinar Harian
PERSEKUTUAN Renang Malaysia (MAS) tetap positif program pembangunan pelapis dirancang badan induk itu berupaya menampung kembali kehilangan dua penerjun senior papan anjal negara yang bersara awal.
Malah Pengarah Teknikal Terjun MAS, Bryan Nickson Lomas kekal tenang enggan menekan butang panik sebaliknya menegaskan sudah menjangkakan kehilangan beberapa atlet senior selepas berakhir Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar lalu.
“Ya, kita sudah boleh jangka selepas Kejuaraan Dunia di Doha, Qatar lalu, kemungkinan terdapat seorang atau dua atlet akan bersara.
"Kita kena pandang ke depan serta kembali perkuatkan serta percepatkan semula pembangunan pelapis," katanya.
Beliau berkata, pada tahun ini pihaknya sudah memasukkan empat atlet wanita - Dayang Nursharzyra Awang Nasiruddin, Trisya Ann Voon, Cecelia Olivia Anak Christopher Leoneil, dan Nurul Farisya Alia Affendi
“Ya dari segi standard mungkin belum setaraf Wendy (Ng Yan Yee) dan Kimberly (Bong) tapi kita sudah bersedia untuk percepatkan kemajuan mereka.
"Mungkin selepas ini acara yang kita kembali kuat adalah dari kategori lelaki. Ini kerana bagi acara lelaki sekarang kita miliki ramai pelapis, bagi kategori wanita pula kita sentiasa cari talent baharu.
“Sekarang pun kita telah aktifkan program pencarian bakat baharu fast track dari usia 9 hingga 11 tahun dari seluruh Malaysia,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.
Sebelum ini, dua penerjun papan anjal negara mengumumkan persaraan bermula dengan Wendy Ng Yan Yee diikuti Kimberly Bong. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Persekutuan Renang Malaysia
#Atlet renang
#penerjun papan anjal bersara
#Bryan Nickson Lomas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan