KUALA LUMPUR: Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin masih menaruh kepercayaan kepada pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan sedia menunggu detik kebangkitan juara All England 2021 itu pada temasya sukan berprestij tersebut.
Beliau berkata peluang perlu terus diberikan kepada Zii Jia, yang diibaratkan sebagai aset kontinjen negara di Paris, untuk menemui semula rentak kecemerlangan sekali gus keluar daripada fasa prestasi kurang memberangsangkan ketika ini.
"Saya sebagai Ketua Kontinjen masih boleh bersabar, minggu depan saya ada pertemuan dengan dia lagi, beri dia peluang, kadang-kadang pemain ini ada masalah yang perlu diselesaikan. Kita perlu ingat ini aset, bukan senang kita nak gilap aset lain secara tiba-tiba, aset muda mungkin lima tahun lagi.
"Tetapi kalau sampai satu masa dia tidak boleh buktikan, kita terpaksa buat satu keputusan... saya yakin dia pemain yang bagus," katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian penajaan antara Milo dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.
Dalam kemas kini ranking dunia terbaharu, Zii Jia yang terkandas di pusingan kedua kejohanan badminton Masters Malaysia baru-baru ini, jatuh dua anak tangga di posisi ke-10 selepas pernah menjadi nombor dua dunia pada Oktober tahun lepas.
Mengulas lanjut, Hamidin berkata bermula sekarang barisan pemain badminton kebangsaan seharusnya berusaha sekurang-kurangnya mara ke peringkat suku akhir dalam mana-mana kejohanan bagi meraih mata kelayakan ke Paris selain menimba pengalaman beraksi pada tahap yang tinggi.
Pada masa sama, Timbalan Presiden MOM dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu mengingatkan pemain badminton negara yang tidak berada dalam Road To Gold (RTG) masih berpeluang menyertai projek tersebut sekiranya menunjukkan pencapaian positif.
Beliau berkata perkara itu juga memberi mesej kepada barisan pemain sedia ada supaya tidak berasa terlalu selesa dan berisiko digugurkan.
"Macam pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun (beregu lelaki) dan Ng Tze Yong (perseorangan lelaki) antara yang berpotensi menyingkirkan pemain sedia ada ataupun dimasukkan selepas mencapai kriteria minimum iaitu berada dalam ranking 10 terbaik dunia," katanya.
Hamidin turut menasihati barisan atlet negara supaya tidak memberi tekanan kepada diri sendiri dengan terlalu memikirkan mengenai memenangi emas di Paris sebaliknya fokus kepada usaha meningkatkan prestasi dalam kejohanan yang bakal disertai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023

Zii Jia yang terkandas di pusingan kedua kejohanan badminton Masters Malaysia baru-baru ini, jatuh dua anak tangga di posisi ke-10 selepas pernah menjadi nombor dua dunia pada Oktober tahun lepas. - Gambar fail

Belanjawan 2024 sedia ruang, peluang penting dalam usaha tangani isu perubahan iklim
Belanjawan Malaysia 2024 yang bakal dibentang membuka ruang dan menyediakan peluang penting bagi menangani isu perubahan iklim.

Jabatan Perikanan giat kembangkan ternakan ikan susu
Kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia sedang giat mengembangkan ternakan ikan susu di seluruh negara.

Institusi dan pendidikan Islam diharap dapat keutamaan dalam Belanjawan 2024
Pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen bulan depan diharap akan terus memberi keutamaan kepada penambahbaikan institusi dan pendidikan Islam.

KPKT salur peruntukan tambahan RM2 juta kepada PBT Perak
Sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan.

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.

Terbuka Hong Kong BWF: Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Sze Fei dan Nur Izzudin yang kembali bergandingan Jun lalu, mempamerkan aksi dominan untuk mudah melakar kemenangan secara set langsung.

Badminton Terbuka China: Aaron-Wooi Yik tundukkan juara dunia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik bergaya melangkah ke final Terbuka China mengatasi juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Sung Jae, sebentar tadi.

Dua beregu campuran negara mara ke separuh akhir Terbuka China
Dua beregu campuran negara berhasil menempah slot separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2023, selepas menumpaskan lawan masing-masing di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Changzhou, hari ini.

Terbuka China: Yew Sin-Ee Yii, Aaron-Wooi Yik berentap di suku akhir
Dua wakil negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yii dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan membuat perhitungan pada suku akhir, esok.

Terbuka China: Pearly-Thinaah, Tze Yong terkandas
Pasangan regu wanita negara itu tewas kepada pasangan pilihan kelima dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota, dengan keputusan 16-21, 16-21.

Saya bukan Superman, bukan Ironman - Lee Zii Jia tidak ambil mudah penurunan ranking dunia
Bagi Zii Jia, kekalahan demi kekalahan yang dialaminya cukup menyakitkan untuk dilalui, termasuk ketika terkandas di Copenhagen minggu lalu.

Badminton Dunia BWF: Rexy harap pemain negara tingkatkan kekuatan mental
Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul wakil negara terbaik meskipun tidak dapat mempertahankan gelaran apabila terkandas di peringkat suku akhir.

Kejohanan Dunia: Zii Jia mara, Tze Yong kandas
Zii Jia menang straight set 21-11, 21-16 dalam masa 33 minit manakala perjalanan Tze Yong tersekat setelah tewas kepada Antonsen.

RTG: Zii Jia satu-satunya atlet tidak guna kepakaran ISN
Ini kerana Zii Jia mempunyai pasukan sokongan sendiri yang membantunya dalam mana-mana kejohanan disertai.

Norza masih relevan pimpin BAM - Misbun
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria masih relevan untuk memegang tampuk kepimpinan badan induk sukan tersebut.