awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM masih dibarisi anggota berintegriti, ikhlas berkhidmat - Mohamed Khaled
PLKN: Pendaftaran sebahagian pelatih di Kem 505 Pekan ditangguhkan, elak lebih kapasiti
'Ada usaha naikkan amarah UMNO agar tinggalkan kerajaan' - Tok Mat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MASkargo kerjasama dengan Petronas bagi sukan bermotor

Bernama
Bernama
16/03/2013
03:35 MYT
MASkargo kerjasama dengan Petronas bagi sukan bermotor
MASkargo Sdn Bhd, bahagian kargo udara Malaysia Airlines, mengumumkan kerjasama dengan Petronas untuk menjadi rakan kongsi kargo udara pilihan bagi Pertunjukan Demo Sukan Bermotor Petronas 2013.
Sebagai rakan kongsi kargo udara pilihan, MASkargo mengangkut kereta F1 demo dan peralatan Pasukan Formula Satu Mercedes AMG Petronas serta mengangkut kereta lumba Mercedes-Benz SLS AMG GT3 Pasukan Petronas Syntium, yang juga akan menyertai pertunjukan demo itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yunus Idris dalam satu kenyataan hari ini berkata perkongsian tersebut membolehkan MASkargo memanfaatkan lagi pendedahan antarabangsa yang disediakan oleh sukan itu untuk terus mengembangkan perniagaan dan aktiviti komersilnya.
"Ini merupakan peluang global menakjubkan untuk menyelaraskan dua jenama utama industri berbeza.
"Peminat perlumbaan permotoran akan menyaksikan jenama kami buat pertama kali di Perlumbaan Grand Prix Formula Satu Malaysia," katanya.
Pertunjukan Demo itu akan diadakan pada Ahad ini berdekatan Menara Berkembar Petronas.
Beliau berkata, Pertunjukan Demo itu merupakan satu daripada acara utama menjelang perlumbaan Formula Satu Grand Prix Petronas Malaysia edisi ke-15 pada 22-24 Mac di Litar Antarabangsa Sepang.
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#MASkargo Sdn Bhd
#Pasukan Formula Satu Mercedes AMG Petronas
#Pertunjukan Demo Sukan Bermotor Petronas 2013
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan