SUKAN
Masters China: Sze Fei-Nur Izzuddin cetus cemas, elak tersingkir awal
Turun sebagai pilihan ketiga, wakil negara itu bergelut untuk mendapatkan rentak terbaik sepanjang set pertama sebelum tewas. - Stadium Astro
BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan gandingan Indonesia, Muhammad Rian Ardianto-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters China di Shenzhen Arena hari ini.
Ringkasan AI
Turun sebagai pilihan ketiga, wakil negara itu, bagaimanapun, bergelut untuk mendapatkan rentak terbaik sepanjang set pertama sebelum tewas mudah 12-21.
Bagaimanapun, aksi sebenar mula dipamerkan juara Terbuka India itu dalam set kedua, di mana mereka menguasai penuh permainan sebelum mengeheret aksi ke set ketiga dengan kemenangan 21-11.
Iklan
Perlawanan berlangsung sengit pada awal set penentuan itu dengan kedua-dua gandingan saling berkejaran mata tetapi sebaik kedudukan terikat 9-9, Sze Fei dan Nur Izzuddin meraih mata demi mata untuk jauh mendahului 20-14.
Bagaimanapun, mereka sekali lagi mencetuskan kebimbangan apabila mensia-siakan enam mata akhir untuk membenarkan lawan mengikat kedudukan 20-20.
Mujur gandingan negara itu berupaya meraih dua mata terakhir untuk mengesahkan tempat ke pusingan kedua selepas secara keseluruhan bertarung selama 43 minit. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Goh Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan kedua Masters China selepas menewaskan beregu Indonesia, Muhammad Rian Ardianto-Yeremia Rambitan, dalam aksi tiga set.
- Beregu negara tewas set pertama 12-21 tetapi bangkit menang 21-11 di set kedua, sebelum menamatkan set penentuan 22-20 selepas hampir mensia-siakan enam mata akhir.
- Perlawanan berlangsung selama 43 minit di Shenzhen Arena, dengan Sze Fei-Nur Izzuddin turun sebagai pilihan ketiga kejohanan.
Turun sebagai pilihan ketiga, wakil negara itu, bagaimanapun, bergelut untuk mendapatkan rentak terbaik sepanjang set pertama sebelum tewas mudah 12-21.
Bagaimanapun, aksi sebenar mula dipamerkan juara Terbuka India itu dalam set kedua, di mana mereka menguasai penuh permainan sebelum mengeheret aksi ke set ketiga dengan kemenangan 21-11.
Iklan
Perlawanan berlangsung sengit pada awal set penentuan itu dengan kedua-dua gandingan saling berkejaran mata tetapi sebaik kedudukan terikat 9-9, Sze Fei dan Nur Izzuddin meraih mata demi mata untuk jauh mendahului 20-14.
Bagaimanapun, mereka sekali lagi mencetuskan kebimbangan apabila mensia-siakan enam mata akhir untuk membenarkan lawan mengikat kedudukan 20-20.
Mujur gandingan negara itu berupaya meraih dua mata terakhir untuk mengesahkan tempat ke pusingan kedua selepas secara keseluruhan bertarung selama 43 minit. -- Stadium Astro

#Badminton Masters China
#Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
#lepasi usingan pertama
#menewaskan gandingan Indonesia