[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
SUKAN

Masters China: Tang Jie-Ee Wei mara ke separuh akhir

Bernama 19/09/2025 | 07:00 MYT
Tang Jie-Ee Wei meneruskan kemaraan mereka pada kejohanan badminton Masters China 2025. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara yang baharu sahaja dinobatkan juara dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan kemaraan mereka pada kejohanan badminton Masters China 2025 selepas menempah tempat empat teratas di Shenzhen, hari ini.

Pada aksi suku akhir di Shenzhen Arena, beregu nombor satu negara dan pilihan ketiga kejohanan itu mengharungi 61 minit permainan yang berlanjutan hingga ke rubber set, sebelum menewaskan pilihan kelima dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, 21-12, 12-21, 21-17.

Menanti Tang Jie-Ee Wei pada peringkat seterusnya beregu tuan rumah dan pilihan kedua Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping yang menumpaskan rakan senegara serta pilihan ketujuh Guo Xin Wa-Chen Fang Hui 21-11, 21-12.

--- BERNAMA

#Masters China #Tang Jie #Ee Wei #beregu campuran