SUKAN

Masters China: Tang Jie-Ee Wei 'pecah Tembok Besar' untuk mara ke final

Bernama 20/09/2025 | 08:22 MYT
Tang Jie-Ee Wei akan berdepan beregu Thailand, Decaphol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam cubaan mereka membawa pulang gelaran berprestij itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara yang baru merangkul gelaran juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menampilkan aksi bertenaga untuk menyingkirkan pasangan tuan rumah yang juga nombor satu dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, untuk melangkah ke final Masters China 2025, hari ini.


Ringkasan AI
  • Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke final Masters China 2025 selepas menewaskan pasangan nombor satu dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung selama 80 minit.
  • Kemenangan ini merupakan kali ketiga buat pasangan Malaysia dalam sembilan pertemuan menentang pasangan China tersebut, menunjukkan peningkatan prestasi dan semangat juang tinggi.
  • Mereka akan berdepan pasangan Thailand, Decaphol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, dalam usaha membawa pulang gelaran berprestij selepas kejayaan merangkul gelaran juara dunia baru-baru ini.


Dalam pertembungan separuh akhir di Shenzhen Arena itu, gandingan Malaysia menunjukkan semangat juang dan ketenangan tinggi untuk menundukkan juara bertahan dalam aksi sengit yang berlanjutan selama 80 minit dengan keputuan, 22-24, 21-19, 21-17.

Kemenangan itu merupakan ketiga buat Tang Jie-Ee Wei dalam sembilan pertemuan menentang pasangan China tersebut.

Tang Jie-Ee Wei akan berdepan beregu Thailand, Decaphol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam cubaan mereka membawa pulang gelaran berprestij itu.

-- BERNAMA

#Masters China #Tang Jie #Ee Wei #final