JAKARTA: Jawatankuasa penganjur kejohanan Badminton Masters Indonesia 2022 sedang menyiasat kes disyaki keracunan makanan yang dialami pemain jemputan dari Malaysia dan Thailand setelah sarapan pagi di hotel, pada Jumaat.
Jurucakap Pengurus Pusat Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia Broto Happy berkata pihaknya amat bersimpati dan prihatin atas perkara tersebut yang diketahuinya melalui sosial media.
"Setakat ini, belum ada laporan rasmi yang dibuat pemain mahupun pengurus pasukan kepada jawatankuasa penganjur mengenai keracunan makanan," katanya dalam satu kenyataan.
Namun beliau berkata pemain terlibat telah dirawat di hospital yang tiada kaitan dengan jawatankuasa penganjur atau hotel rasmi kejohanan.
Tempat makan para pemain dan pegawai juga dipisahkan dengan tetamu hotel mulai hari ini untuk mencegah kejadian berulang.
Setelah koordinasi dengan jawatankuasa penganjur, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menggesa pengurus pasukan mengingatkan pemain agar berhati-hati memesan makanan dari luar hotel atau makan makanan tertentu.
Sementara itu, Broto berkata hasil ujian makmal mendapati pemain yang dirawat berkemungkinan mengambil makanan yang tidak sihat atau mengandungi bakteria dan bukan akibat keracunan makanan.
"Kalau keracunan makanan, kesannya serta-merta," kata Dr Grace Corlesa Joselini yang merupakan doktor kejohanan, sambil menambah pemain yang menginap di dua hotel rasmi kejohanan bebas memesan makanan secara dalam talian atau makan di restoran berhampiran.
Malam tadi, media dalam talian melaporkan lima pemain Malaysia dan beberapa pemain Thailand mendapatkan rawatan di hospital akibat keracunan makanan.
Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia Rexy Mainaky ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
"Tetapi mereka sudah boleh pulang ke hotel namun badan masih lemah," katanya.
-- BERNAMA.
Bernama
Sat Jun 11 2022
Jurucakap Pengurus Pusat Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia Broto Happy berkata pihaknya amat bersimpati dan prihatin atas perkara tersebut yang diketahuinya melalui sosial media. - Foto Facebook/Badmintonwithu2013
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tun Hanif selamat dikebumi di sebelah pusara anak
Jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, jam 3.17 petang Sabtu.
JKM tunggu siasatan lengkap polis sebelum ambil tindakan lanjut
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bmengesahkan pihak JKM sudah menemui mangsa buli berusia lapan tahun dan kesemua yang terlibat untuk dirakam percakapan
Kerajaan komited noktahkan kemiskinan tegar di Sabah - PM Anwar
Perdana Menteri percaya hubungan erat kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah yanmampu memainkan peranan penting dalam merealisasi hasrat tersebut.
Wei Chong-Kai Wun perlu fokus rebut slot ke Piala Thomas 2024
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun perlu fokus terhadap misi merebut tempat dalam skuad Piala Thomas 2024 selepas tidak disenaraikan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.
Zii Jia melangkah ke pusingan kedua Masters Indonesia
Zii Jia, yang menghuni ranking ke-10 dunia, mengambil masa 54 minit untuk menang 19-21, 21-14, 21-11.
Masters Indonesia: Soon Huat-Shevon akur kehebatan pilihan ketiga dari Perancis
Goh Soo Huat-Shevon Lai tewas kepada pasangan pilihan ketiga dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.
Masters Indonesia: Aaron-Wooi Yik balas dendam singkirkan Wei Keng-Chang
Jaguh beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik membalas dendam mereka ke atas Liang Wei Keng-Wang Chang dengan menyingkirkan beregu China itu daripada Kejohanan Indonesia Masters, hari ini.
Masters Indonesia: Ee Yi tunggu jawapan BAM insiden salah daftar nama
Baginya, walaupun kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku, dia tetap akur dengan segala kemungkinan yang bakal tiba.
Masters Indonesia: Penganjur siasat punca keracunan pemain Malaysia, Thailand
Pemain terlibat telah dirawat di hospital yang tiada kaitan dengan jawatankuasa penganjur atau hotel rasmi kejohanan.
Masters Indonesia: Zii Jia tepati ramalan ke suku akhir
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Stadium Istora Senayan, Jakarta, hari ini.
Goh-Shevon berjaya mara ke peringkat separuh akhir Masters Indonesia
Pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jemie menewaskan rakan senegara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing 15-21, 21-16, 21-16.