KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Stadium Istora Senayan, Jakarta, hari ini.
Pemain di ranking kelima dunia itu mengambil masa 37 minit untuk menewaskan Mark Caljouw dari Belanda 21-17, 21-14.
Juara All-England 2021 itu akan berdepan perseorangan utama tuan rumah Anthony Sinisuka Ginting yang menumpaskan pemain Thailand Sitthikom Thammasin 21-13, 21-14.
Sementara itu, beregu nombor satu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah bangkit dari ketinggalan pada set pertama untuk menundukkan Baek Ha Na-Lee Yu Lim dari Korea Selatan 21-23, 21-17, 21-15.
Mereka akan menentang gandingan Thailand Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai yang mengecewakan beregu Indonesia Anisanaya Kamila-Az Zahra Ditya Ramadhani, 21-6, 21-15.
Sementara itu dalam saingan beregu campuran, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 Chan Peng Soon dan pasangan beregunya Cheah Yee See menarik diri daripada perlawanan, sekali gus memberi kemenangan kepada beregu Korea Selatan Seo Seung Jae-Chae Yujung.
Bagi acara beregu lelaki pula, pilihan keempat Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan pasangan beregu tuan rumah Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin menerusi straight set 27-25, 21-14.
Kemenangan tersebut membolehkan beregu negara itu mara ke suku akhir bertemu pasangan China Liang Wei Keng-Wang Chang esok.
Keputusan lain:
-------------------
(Nota: Malaysia kecuali dinyatakan)
Beregu lelaki:
Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rusmani mn Sabar Karyaman Gutama-Moh Rea Pahlevi (INA) 23-21, 17-21, 21-9
Beregu wanita:
Vivian Hoo-Lim Chiew Sien kk Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti (INA) 17-21, 19-21
Beregu campuran:
Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei kk Tang Chun Man-Tse Ying Suet (HKG) 22-20, 5-21, 15-21
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022

Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Stadium Istora Senayan, Jakarta, hari ini. - Gambar fail/Stadium Astro

Sherie Merlis kesal berita palsu dia meninggal dunia
Kata Sherie, berita berkenaan telah mengejutkan ahli keluarganya dan mula menghuru-harakan keadaan.

Bekalan telur sepanjang Ramadan, Aidilfitri mencukupi - FAMA
Pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.

Suri rumah didakwa guna lambang Datuk palsu
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Mei depan.

Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling digantung operasi
Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling ditutup ekoran tren tidak boleh beroperasi di laluan itu atas faktor keselamatan. Sehubungan itu, perkhidmatan bas percuma digerakkan bagi membantu penumpang dan operasi di laluan terjejas.

'Tak sabar nak jumpa cinta hati' - Daiyan Trisha sekali lagi tunai umrah di bulan Ramadan
Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah berkenaan.

Pasca lawatan Perdana Menteri ke China
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Lawatan PM Anwar ke China beri manfaat besar
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Ikut laporan disediakan Hasimi Muhamad, dari Beijing.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Pindah 62 ekor kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000
Seorang pemandu lori didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand tanpa kebenaran.

BNM terus berhubung dengan pihak berkepentingan kemudi peralihan ekonomi bebas karbon
Ia merangkumi penyertaan dalam platform antarabangsa seperti Rangkaian Untuk Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS) dan membina keupayaan bagi menganalisis kesan risiko iklim untuk bertindak lebih awal.

Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan
Yeoh berkata beliau akan mendengar segala permasalahan dihadapi pemain keempat dunia itu dalam perjumpaan tersebut.

Semua bantuan diperlukan Zii Jia akan diberi menerusi RTG - Norza
Semua bantuan yang diperlukan oleh pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 akan disediakan menerusi program 'Road To Gold' (RTG).

Zii Jia kembali ke BAM?
Persoalan sama ada perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih menjadi tanda tanya.

Zii Jia perlu kaji formula terbaik buru kemenangan
Pemain perseorangan nombor satu Malaysia itu pamer aksi membanggakan ketika kejohanan berprestij Seluruh England dan Terbuka Switzerland.

Terbuka Switzerland: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia meneruskan kemaraannya di St Jakobshalle di Basel selepas menumpaskan Lee Chia Hao dari Taiwan untuk mara ke pusingan separuh akhir Terbuka Switzerland 2023.

Terbuka Switzerland: Zii Jia terus cemerlang mara ke suku akhir
Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak cemerlangnya dalam Terbuka Switzerland 2023 apabila mara ke suku akhir dengan menumpaskan pemain Ireland, Nhat Nguyen, hari ini.

Zii Jia singkirkan juara Seluruh England
Tampil selaku pilihan kedua kejohanan, Zii Jia melakar kemenangan 18-21, 21-18, 23-21 ke atas lawannya dari China.

Zii Jia dapat semula keyakinan diri
Zii Jia mendapat kembali keyakinan kiri untuk terus bersaing dalam kejohanan badminton antarabangsa musim ini.

Zii Jia tersingkir di separuh akhir All England
Harapan Lee Zii Jia untuk menamatkan kemarau kejuaraan dimusnahkan oleh Shi Yu Qi dari China dalam separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2023 malam ini.

Tze Yong terkandas pada suku akhir All England
Pemain ranking dunia ke-28 itu tewas kepada pemain China, Li Shi Feng selepas pertarungan selama 41 minit di Utilita Arena, Birmingham.