awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masters Korea: Peluang Aaron Chia-Soh Wooi Yik padam kemarau kejuaraan

Astro Arena
Astro Arena
09/11/2024
10:31 MYT
Masters Korea: Peluang Aaron Chia-Soh Wooi Yik padam kemarau kejuaraan
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menundukkan gandingan Taiwan dalam masa 36 minit untuk mara ke final kedua Jelajah Dunia tahun ini. - Foto: StadiumAstro.com
AARON Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk mengesahkan pemburuan kejuaraan Masters Korea selepas beregu utama lelaki negara itu menewaskan lawan mereka dalam permainan set straight untuk mara ke final.
Aaron-Wooi yang merupakan pilihan utama acara Super 300 itu menundukkan gandingan Taiwan, Wang Chi-lin/Chiu Hsiang Chieh 21-17, 21-16 dalam masa 36 minit untuk mara ke final kedua Jelajah Dunia tahun ini.
Beregu nombor enam dunia itu menggunakan pengalaman yang ada ketika terikat 17-17 sebelum mengutip empat mata berturut-turut dan mengekalkan rentak sama untuk mengesahkan kemenangan straight set.
Berdasarkan prestasi hari ini, Aaron-Wooi Yik dijangka mampu melepasi rintangan terakhir esok.
Mereka perlu mengatasi wakil tuan rumah, Jin Yong/Kim Won-ho, bagi memastikan gelaran pertama mereka pada tahun ini.
Kali terakhir pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu mara ke perlawanan akhir ialah dalam Kejohanan All-England yang berlangsung Mac lalu.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
#Masters Korea
#beregu lelaki negara
#final
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan