awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masters Malaysia: Rexy Mainaky berang pengadil hentikan permainan ketika rally berjalan

Astro Arena
Astro Arena
27/05/2023
02:48 MYT
Masters Malaysia: Rexy Mainaky berang pengadil hentikan permainan ketika rally berjalan
Rexy (kanan) mempersoalkan tindakan pengadil yang menghentikan perlawanan ketika rally sedang berlangsung ketika Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil, pada Jumaat. - Foto Astro ARENA
PENGARAH Kejurulatihan Bahagian Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, tidak berpuas hati apabila pengadil menghentikan perlawanan sewaktu rally berlangsung dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil, semalam.
Perkara itu berlaku ketika pertemuan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, dengan pilihan keempat dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota, dalam penentuan ke separuh akhir.
Ketika gandingan negara itu sedang ketinggalan 11-12 dalam set penentuan, pengadil memilih untuk menghentikan permainan ketika rally sedang hangat berlangsung kerana mendakwa terdapat komunikasi di antara jurulatih dan pemain Jepun pada waktu itu.
Hal itu mendatangkan rasa berang Rexy memandangkan anak buahnya sedang bermati-matian mendapatkan mata biarpun dalam keadaan keletihan dalam rally yang sempat menyaksikan 106 pukulan itu.
"Saya mempersoalkan bahagian pengadil dan ia katakan sewaktu rally, jurulatih tidak boleh bercakap tetapi mereka juga perlu lihat, mereka tidak boleh menghentikan terus perlawanan sewaktu rally seperti itu, mereka perlu tahu bahawa pemain kepenatan," katanya seperti yang dipetik wartawan Astro Arena, Muiz Aziz.
"Saya mengemukakan aduan kerana saya tahu pengadil itu juga bekas pemain. Peraturan itu untuk melindungi pengadil tetapi dia tidak dapat lihat pemain sedang kepenatan.
"Peraturan perlu adil buat pemain dan pengadil, bukan untuk pengadil melakukan semahunya mereka.
"Dia tidak lihat situasi sama ada pemain penat atau tidak dan itulah yang membuatkan saya tidak setuju dan tidak dapat menerima caranya.
"Ada satu peristiwa di mana Thinaah terjatuh raketnya ke bawah dan dia menegur dan memarahi Thinaah, saya mempersoalkan tindakannya kerana Thinaah bukan melemparkan raketnya ke pihak lawan atau dalam keadaan marah, dia cuma terlepas raketnya.
"Itulah yang membuatkan saya tidak setuju kerana ia perlu adil buat pengadil dan pemain," katanya.
Untuk rekod, Pearly dan Thinaah mara ke separuh akhir selepas memenangi perlawanan itu 13-21, 21-19, 21-16.
Topic Berkaitan
#pengadil hentikan perlawanan
#Rexy Mainaky
#Masters Malaysia
#Pearly Tan-M Thinaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan