Masters Thailand: Zii Jia cedera, perseorangan wanita negara rebut tempat ke final

Zii Jia terpaksa menarik diri dipercayai kerana mengalami kecederaan di bahagian kaki serta mendatangkan risiko jika meneruskan perlawanan. - Gambar fail/Stadium ASTRO
BANGKOK: Hasrat untuk melihat perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia kembali menyinar tidak kesampaian apabila terpaksa menarik diri pada set ketiga kejohanan badminton Masters Thailand 2026 di sini hari ini.
Ringkasan AI
- Lee Zii Jia terpaksa menarik diri dari kejohanan Masters Thailand 2026 selepas mengalami kecederaan di bahagian kaki ketika berlawan dengan Alwi Farhan dari Indonesia.
- Kem wanita Malaysia diwakili oleh Wong Ling Ching dan Goh Jin Wei yang berjaya mara ke separuh akhir, dengan Ling Ching menewaskan Isharani Baruah dari India dan Jin Wei mengalahkan K Letshanaa dari Malaysia.
- Wong Ling Ching dan Goh Jin Wei akan berdepan dalam perlawanan separuh akhir, dengan Ling Ching mengakui kesilapan mudah tetapi gembira dengan prestasi hari ini. Jin Wei menjangkakan pertembungan sukar memandangkan pengalaman luas beliau berbanding Ling Ching.
Kem wanita pula menghadiahkan berita gembira buat Malaysia apabila telah mengesahkan tempat di final, selepas pemain perseorangan wanita menempah pertemuan sesama sendiri di peringkat separuh akhir esok, menyaksikan Wong Ling Ching akan berdepan Goh Jin Wei.
Wong yang menghuni ranking ke-40 dunia menunjukkan kebangkitan luar biasa untuk menewaskan Isharani Baruah dari India 18-21, 21-16, 21-13 dalam aksi yang berlangsung lebih satu jam.
Jin Wei yang berada di ranking ke-68 pula, mengetepikan cabaran seorang lagi wakil negara K Letshanaa 12-21, 21-17, 21-19 untuk mengesahkan tempat di separuh akhir.
Ling Ching mengakui banyak melakukan kesilapan mudah, namun gembira dapat melangkah ke separuh akhir.
"Saya sangat gembira dengan prestasi hari ini. Ia sangat memuaskan kerana kami berdua telah berikan yang terbaik. Saya tidak menetapkan sebarang sasaran khusus untuk kejohanan ini, dan hanya berharap dapat capai keputusan lebih baik," katanya kepada Bernama selepas perlawanan hari ini.
Mengenai pertemuan dengan Jin Wei, beliau berkata ini merupakan pertemuan kali pertama mereka dan menjangkakan pertembungan yang agak sukar kerana bekas juara dunia remaja itu mempunyai pengalaman luas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


