awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PSG sambar bakat muda keturunan Filipina
Hakisan pantai Batu Ferringhi, Tanjong Bungah: JPS laksana langkah mitigasi
Dua ditahan kes samun menyamar pegawai Imigresen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Matahari muncul semula - Holgado

Sinar Harian
Sinar Harian
27/01/2026
02:50 MYT
Matahari muncul semula - Holgado
Rodrigo Holgado. - Foto Sinar Harian
PENYERANG warisan Harimau Malaya, Rodrigo Holgado meluahkan rasa lega selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) meluluskan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman yang meyaksikan dia dan enam lagi pemain warisan boleh kembali beraksi.
Holgado menerusi satu hantaran di media sosial menyifatkan keputusan itu sebagai sinar harapan selepas melalui tempoh sukar.
“Apabila anda paling tidak menjangkakannya, matahari muncul semula dan semuanya kembali baik. Tiada ribut yang kekal selamanya,” tulisnya di laman Instagram.
Terdahulu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan perkembangan positif tersebut yang memberi talian hayat buat karier Holgado, Facundo Garces, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
FAM menjelaskan bahawa kebenaran ini kekal sehingga satu keputusan muktamad mengenai rayuan penuh kes tersebut diputuskan oleh pihak CAS kelak.
Sebelum ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mendapati kesemua pemain tersebut melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC).
Siasatan badan induk dunia itu mendapati FAM telah mengemukakan dokumen yang dipercayai dipalsukan bagi mengesahkan kelayakan pemain warisan terbabit.
Isu ini menjadi tumpuan selepas mereka diturunkan ketika aksi kemenangan 4-0 Harimau Malaya menentang Vietnam dalam saingan Kumpulan F Kelayakan Piala Asia AFC 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun tahun lalu.
Susulan pelanggaran kod etika itu, FAM diarahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta).
Nasib malang turut menimpa pemain apabila setiap seorang didenda CHF2,000 (sekitar RM11,000) dan dikenakan hukuman gantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan.
Hukuman berat itu turut memberi impak serta-merta kepada karier Holgado apabila dia dilaporkan telah ditamatkan kontrak oleh kelabnya, America de Cali susulan isu berkenaan.
Bagaimanapun, keputusan CAS ini membolehkan mereka bernafas lega seketika sementara menunggu keputusan penuh rayuan.
FAM kini sedang menunggu prosedur seterusnya di peringkat CAS selepas Jawatankuasa Rayuan FIFA sebelum ini menolak rayuan yang dikemukakan oleh badan induk itu dan pemain terlibat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#FAM
#FIFA
#Rodrigo Holgado
#harimau Malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan