#MatchForChildren merupakan antara topik trending di media sosial hari ini.

Match for Children merupakan satu perlawanan amal bola sepak yang dianjurkan oleh David Beckham sempena ulang tahun ke-10 sebagai duta untuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Ia menyaksikan perlawanan antara pasukan The Great Britain dan Ireland melawan Pasukan Pilihan Dunia di stadium Old Trafford, Manchester semalam.

Dianggarkan lebih 75,000 peminat berhimpun di Old Trafford hanya untuk menonton lagenda Manchester United dan England itu beraksi di padang bersama pemain-pemain terkenal yang lain.

Antaranya ialah Ryan Giggs, Michael Owen, Paul Scholes, Ronaldinho dan Dwight Yorke.

Pasukan Great Britain dan Ireland diketuai oleh Beckham di bawah kendalian bekas Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.

UNICEF
Kredit Gambar:AFP

Manakala, pasukan Dunia dikendali oleh bekas pengerusi Chelsea, Real Madrid dan AC Milan, Carlo Ancelotti.

Anak lelaki pertama Beckham, Brooklyn Beckham turut menyertai perlawanan itu pada saat akhir menggantikan ayahnya.

xxx
Kredit Gambar:AFP

Bagaimanapun, Beckham kembali beraksidi padang selepas Sol Campbell mengalami kecederaan.

Susulan itu, media sosial kini dibanjiri hashtag #MatchForChildren.

Rata-rata pengguna media sosial berkongsi rasa teruja mereka untuk menonton Beckham dan Alex Furgeson beraksi kembali bersama pemain lain di stadium Old Trafford.

Menurut mereka, perlawanan #MatchForChildren ini membawa kenangan manis zaman muda mereka.


Malah ada yang teruja kerana mendapat peluang untuk menonton Beckham bermain dengan anaknya Brooklyn dalam perlawanan tersebut.


Menurut laporan Daily Mail, wang yang diperoleh melalui keuntungan jualan tiket serta sumbangan yang dibuat pada hari perlawanan itu akan disumbangkan kepada UNICEF.

Paukan Great Britan dan Ireland berjaya menewaskan pasukan Dunia dengan 3-1.