SPORTS
Maybank Challenge Cup 2025: 'Kami layak dicemuh' - Amorim
Ketua jurulatih Manchester United, Rúben Amorim ketika sidang media selepas kekalahan 1-0 kepada ASEAN All Stars dalam Maybank Challenge Cup 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Rabu. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Rúben Amorim mengakui Manchester United layak dicemuh selepas tewas mengejut 0-1 kepada ASEAN All Stars dalam aksi Maybank Challenge Cup 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, perlawanan yang disaksikan lebih 75,000 penyokong.
“Apa juga keputusan atau persembahan, saya bertanggungjawab.
“Jadi bila penyokong mencemuh, itu sesuatu yang kami perlu terima,” kata Amorim dalam satu sidang media pada Rabu.
Jurulatih dari Portugal itu juga mengakui pasukannya bermain perlahan dan tidak menunjukkan semangat kompetitif yang cukup untuk memenangi perlawanan seperti ini, meskipun menguasai sebahagian besar permainan dan memiliki barisan bintang yang sepatutnya menamatkan aksi dengan kemenangan.
Red Devils menamatkan perlawanan dengan kekalahan hasil jaringan tunggal Mg Mg Lwin pada minit ke-70.
Ketika wisel penamat ditiup, sebahagian penyokong mencemuh pemain Red Devils bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap prestasi pasukan itu.
“Kami sepatutnya menang perlawanan ini.
“Tapi kami masih belum cukup agresif untuk menang setiap latihan dan setiap perlawanan.
“Yang penting, tiada kecederaan malam ini dan kami mahu semua pemain diberi peluang untuk menghargai penyokong,” tambahnya.
United, yang hadir ke Kuala Lumpur sebagai sebahagian jelajah Asia mereka, menurunkan gabungan pemain utama dan muda termasuk Højlund, Casemiro, Garnacho dan Fernandes.
Namun prestasi pasukan kekal tidak meyakinkan satu kesinambungan daripada musim suram 2024–25 yang menyaksikan mereka menamatkan liga di tangga ke-15 dan gagal layak ke saingan Eropah.