SPORTS
Maybank Challenge Cup 2025: Man U tiba di Malaysia
Sebahagian dari pemain The Red Devils berjalan menuju ke bas untuk dibawa ke hotel penginapan mereka di ibu negara. - Sumber foto Shekhinah PR
Selamat datang ke Malaysia, The Red Devils!
Skuad Manchester United tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines kod MH8477 sekitar pukul 6.34 petang pada Isnin.
Kelab bola sepak gergasi Eropah itu dijadual menentang ASEAN All-Stars dalam saingan Piala Cabaran Maybank di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam, Rabu.
Antara barisan bintang The Red Devils yang dilihat menuruni anak tangga termasuk Bruno Fernandes, Casemiro dan Alejandro Garnacho.
Menjelang perlawanan persahabatan itu, pasukan Manchester United akan menetap di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Untuk rekod, kali terakhir Manchester United beraksi di Malaysia ketika siri jelajah pramusim 2009, menewaskan Malaysia XI sebanyak dua kali, iaitu masing-masing 3-2 dan 2-0 pada 18 dan 20 Julai di Stadium Nasional.
Sebanyak 60,000 tiket terjual untuk perlawanan berkenaan, menyaksikan sambutan luar biasa peminat.
Manchester United kemudian akan berangkat ke Hong Kong untuk pramusim mereka.