awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mazlan pangku jawatan presiden PKBM sehingga tempoh penggal 2026

Bernama
Bernama
09/12/2023
09:50 MYT
Mazlan pangku jawatan presiden PKBM sehingga tempoh penggal 2026
Antara mereka yang hadir pada mesyuarat khas Exco PKBM yang diadakan di Melaka, hari ini.- Foto X Dato' Amarjit Singh Gill
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Mazlan Md Jail dipilih memangku jawatan presiden badan induk sukan itu sehingga tamat tempoh penggal semasa pada tahun 2026.
Mazlan, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT), mengisi kekosongan ditinggalkan presiden sebelum ini, Datuk Abu Samah Abd Wahab, 82, yang meninggal dunia pada 28 Nov lepas.
Allahyarham mengekalkan kerusi disandangnya pada pemilihan jawatankuasa baharu bagi penggal 2023-2026 Februari lalu yang turut menyaksikan Mazlan diangkat sebagai timbalan presiden selepas menewaskan pencabarnya dari Negeri Sembilan, Yunus Ibrahim.
Keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat khas Exco PKBM yang diadakan di Melaka, hari ini.
Sementara itu, naib presiden, Datuk Amarjit Singh Gill dipilih untuk memangku jawatan Timbalan Presiden PKBM dikosongkan Mazlan sehingga tamat tempoh penggal 2026.
"Semua jawatan lain yang disandang barisan Exco PKBM ketika ini masih kekal dengan status quo," menurut hantaran di laman Facebook rasmi Amarjit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia
#pemangku presiden PKBM
#Mazlan Md Jail
#Amarjit Singh Gill
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan