SUKAN
Mbappe akui perit tundukkan Osasuna
Mbappe menjaringkan gol dari sudut penalti ketika perlawanan La Liga antara Real Madrid dan Osasuna di Madrid, Sepanyol, 19 Ogos 2025. (Foto AP)
PENALTI Kylian Mbappe memastikan Real Madrid membuka tirai La Liga 2025/26 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Osasuna di Santiago Bernabeu.
Skuad kendalian Xabi Alonso itu terpaksa bergelut hampir sepanjang separuh masa pertama apabila benteng Osasuna kental bertahan sambil sesekali cuba mengasak menerusi penyerang utama, Ante Budimir.
Gol tunggal hadir pada minit ke-51 apabila Mbappe dijatuhkan Juan Cruz di dalam kotak penalti, sebelum bintang Perancis itu dengan tenang menewaskan penjaga gol Sergio Herrera untuk membuka jaringan liga musim ini.
“Kami tahu ia akan sukar kerana Osasuna datang dengan pelan jelas bertahan dan mengharapkan (Ante) Budimir. Penting untuk kami menang di laman sendiri, ini permulaan yang baik dan kami mahu lebih selepas ini,” kata Mbappe.
Selepas mendahului, Los Blancos berpeluang menambah jaringan melalui percubaan Arda Guler dan pemain muda Argentina, Franco Mastantuono, namun percubaan mereka gagal menemui sasaran.
Sebaliknya, Osasuna hampir menyamakan kedudukan pada hujung permainan apabila tandukan Budimir dari jarak dekat tersasar tipis.
Ketegangan memuncak pada masa kecederaan apabila Abel Bretones dibuang padang kerana mengasari Gonzalo Garcia, sekali gus menutup peluang Osasuna membawa pulang satu mata.
Kemenangan ini melegakan Alonso yang memulakan debut La Liga selaku pengendali Real, lebih-lebih lagi ketika beberapa tonggak utama seperti Jude Bellingham, Eduardo Camavinga, Ferland Mendy dan Endrick masih tidak dapat diturunkan, manakala Antonio Ruediger digantung perlawanan.
Real selepas ini akan bertandang ke Estadio Carlos Tartiere menentang Real Oviedo pada 25 Ogos. - Sinar Harian