McTominay, Martial kekalkan Red Devils di landasan layak ke UCL

Astro Arena
April 8, 2023 23:00 MYT
Scott McTominay meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukannya ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Everton di Old Trafford, Manchester, Britain, 8 April 2023. - REUTERS
SCOTT McTominay menjaringkan gol sulung saingan Liga Perdana Inggeris musim ini ketika membantu Manchester United kekal di landasan untuk menamatkan saingan di kelompok empat terbaik dengan mengatasi Everton 2-0 malam tadi.
United mendominasi separuh masa pertama di Old Trafford, dengan Jordan Pickford menjadi penyelamat pelawat apabila menafikan deretan peluang sebelum McTominay menemui jaring.
Everton menghadirkan permainan yang lebih dalam separuh masa kedua, namun Anthony Martial yang turun sebagai pemain gantian menggandakan jaringan buat United dan memberikan kekalahan pertama daripada lima perlawanan buat pelawat.
Kemenangan tersebut meletakkan skuad kendalian Erik ten Hag di tangga keempat sementara Newcastle United kekal di tangga ketiga selepas menundukkan Brentford 2-1.

Back in the goals 9 @AnthonyMartial #MUFC || #MUNEVE pic.twitter.com/d1mBsefmqy

— Manchester United (@ManUtd) April 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #EPL #Everton #Scott McTominay