awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Media British belasah skuad Roy Hodgson

Astro Arena
Astro Arena
28/06/2016
11:16 MYT
Media British belasah skuad Roy Hodgson
Kekalahan memalukan England di tangan Iceland sangat tidak diterima. - Foto AFP
ISU kekalahan 2-1 England di tangan Iceland di Euro 2016 menjadi bahan muka depan kebanyakan media di United Kingdom, dengan pelbagai tajuk dan gambar digunakan lebih terarah kepada ejekan dan mempersenda.
Dalam portal popular, The Sun, mereka menggunakan tajuk 'DUMBS GONE TO ICELAND: Roy Hodgson quits after England team humiliated by minnows at Euro 2016'.
The Sun yang menganggap ia keputusan memalukan dengan membuat ulasan, sebuah negara yang terkenal dengan memancing ikan kod mengecewakan skuad superstar jutawan di Euro 2016 dengan cara memalukan.
Dalam laporannya, pelbagai wajah kecewa penonton digunakan dan yang menarik perhatian gambar seorang kanak-kanak yang memakai jaket England sedang memegang kepala.
Sementara itu, portal Independent yang menggunakan tajuk "Roy Hodgson resigns as England crash out of Euro 2016 in embarrassing fashion" menulis, Hodgson dan pemainnya kini menghadapi stigma sepanjang hayat akibat terlibat dalam detik hitam sejarah bola sepak Inggeris.
Portal berkenaan turut mempersoalkan, tewas kepada Amerika Syarikat pada 1950 adalah satu perkara buruk, tetapi bagaimana pula apabila kalah kepada Iceland dalam pusingan kedua di kejohanan besar?
Satu lagi laman berita, Dailymail, menyatakan: "Shocking England become a laughing stock as manager Hodgson quits after Three Lions are booted out of Euro 2016 in humiliating 2-1 defeat by plucky Iceland (population 332,000)".
Perenggan pertama dalam laporan artikel ini begitu sinis:"Pemain bola sepak England yang gagal akan pulang hari ini selepas mengalami kekalahan paling memalukan negara dalam sejarah, menjadikan mereka bahan ketawa di seluruh dunia"
Topic Berkaitan
#Euro 2016: England
#Iceland
#kekalahan memalukan
#media British
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan