awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka United ambil iktibar, pastikan pasukan terus beraksi musim depan

Bernama
Bernama
21/09/2022
21:17 MYT
Melaka United ambil iktibar, pastikan pasukan terus beraksi musim depan
Semalam, Melaka United FC tidak dibenarkan beraksi dalam Piala Malaysia 2022 susulan kegagalan melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai. - Foto Astro AWANI
MELAKA: Melaka United FC akan mengambil iktibar terhadap pembatalan slot beraksi dalam Piala Malaysia 2022 bagi memastikan pasukan berkenaan dapat terus bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Melaka United FC, dalam kenyataan malam tadi, memaklumkan kelab masih berusaha untuk menyelesaikan semua masalah dihadapi dan percaya krisis yang berlaku ketika ini dapat diselesaikan jika semua pihak bersama-sama membantu memastikan kebajikan pemain, jurulatih dan pegawai pasukan.
"Proses penstrukturan saham dan mendapatkan dana daripada pihak berkepentingan yang masih belum selesai ini juga menyebabkan pihak pengurusan kelab membuat keputusan supaya perkara ini dapat diselesaikan terlebih dahulu dan keutamaan diberikan untuk Melaka United FC kekal berada di Liga-M tahun hadapan.
"Kelab memohon maaf kepada semua pemain, jurulatih dan pegawai yang terlepas untuk beraksi dalam saingan berprestij bola sepak negara iaitu Piala Malaysia musim ini serta penyokong dan peminat yang menjadi tulang belakang pasukan selama ini," menurut kenyataan itu.
Terdahulu semalam, Melaka United FC tidak dibenarkan beraksi dalam Piala Malaysia 2022 susulan kegagalan melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai.
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), dalam kenyataan, memaklumkan Ahli Lembaga Pengarah MFL membuat keputusan itu berikutan kelab berkenaan gagal menyelesaikan bayaran tunggakan gaji seperti tarikh yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka United FC
#Piala Malaysia
#tunggakan gaji
#mohon maaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan