Mendilibar pengurus ketiga dipecat Sevilla dalam tempoh 12 bulan

Astro Arena
Oktober 9, 2023 02:10 MYT
Aksi Jose Luis Mendilibar ketika perlawanan Liga Juara-juara Kumpulan B antara Sevilla dan RC Lens di Ramon Sanchez Pizjuan, Seville, Sepanyol, 20 Sept 2023. - Gambar fail REUTERS
SEVILLA mengambil tindakan drastik dengan memecat pengurus, Jose Luis Mendilibar.
Juara Liga Europa itu seri 2-2 dengan Rayo Vallecano dalam LaLiga, kelmarin, untuk meletakkan mereka di tangga ke-14 dengan rekod dua kemenangan, dua seri dan empat kekalahan.
Mendilibar dilantik sejak Mac lalu tetapi menjadi pengurus ketiga kelab itu yang dipecat dalam tempoh 12 bulan.
Pemain berusia 62 tahun itu membawa Sevilla menjarakkan diri daripada zon penyingkiran dengan menamatkan saingan di tangga ke-12 musim lalu dan menewaskan Roma yang di bawah pimpinan Jose Mourinho menerusi penentuan sepakan penalti pada Mei untuk merangkul kejuaraan Liga Europa ketujuh.
Sevilla perlu segera cari jalan penyelesaian sebelum bertandang ke Real Madrid dan melayani Arsenal dalam Liga Juara-Juara selepas rehat antarabangsa.

José Luis Mendilibar has been relieved of his duties as #SevillaFC coach. Thank you for everything, José Luis.

— Sevilla FC (@SevillaFC_ENG) October 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Jose Luis Mendilibar #Sevilla #pecat #pengurus pasukan