awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mental Zii Jia semakin kuat - Tat Meng

Bernama
Bernama
07/08/2024
08:30 MYT
Mental Zii Jia semakin kuat - Tat Meng
Zii Jia disambut meriah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Gambar/ Bernama
SEPANG: Wong Tat Meng menyifatkan ketahanan mental anak buahnya, Lee Zii Jia semakin hebat berbanding sebelum ini.
Beliau berkata perkara itu diterjemahkan di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila Zii Jia membawa pulang pingat gangsa buat Malaysia.
Walaupun berdepan kekalahan kepada jaguh Thailand Kunlavut Vitidsarn pada aksi separuh akhir, Tat Meng berbangga apabila keputusan itu tidak mengganggu persembahan pemain berusia 26 tahun itu pada perlawanan penentuan pingat gangsa berdepan Lakshya Sen dari India.
"Itu adalah satu kebangkitan yang sangat kuat terutama dekat kejohanan besar selepas kekalahan di separuh akhir.
"Jadi kita faham kerana beliau mampu bangkit segera. Saya sangat bangga dengannnya. Anda boleh nampak (perbezaan) daripada aksinya pada kejohanan sebelum ini dan sekarang," katanya kepada media di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Tat Meng, Zii Jia dan pemenang pingat gangsa beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah tiba di tanah air dari Paris hari ini.
Turut bersama mereka pemain beregu campuran negara Chen Tang Jie dan pasukan kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Zii Jia yang menduduki ranking ketujuh dunia itu meraih gangsa selepas menewaskan Lakshya 13-21, 21-16, 21-11 pada aksi penentuan gangsa di Porte de La Chapelle Arena, pada Isnin.
Sementara itu, Tat Meng berkata beliau sudah mempunyai perancangan rapi untuk Zii Jia dalam menghadapi baki kejohanan tahun ini bermula dengan Terbuka Jepun pada 20 hingga 25 Ogos ini.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Wong Tat Meng
#Sukan Olimpik Paris 2024
#kekuatan mental
#buli siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan