[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
SPORTS

Mentaliti kunci kejayaan Liverpool - Arne Slot

Astro Arena 14/04/2025 | 04:30 MYT
Slot sifatkan mentaliti pemain Liverpool sebagai kunci kejayaan mereka apabila hanya memerlukan dua kemenangan untuk bergelar juara EPL. - Stadium Astro
ARNE SLOT menyifatkan mentaliti pemain Liverpool sebagai kunci kejayaan mereka apabila mereka hanya memerlukan dua kemenangan untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris.

Liverpool menang 2-1 ke atas West Ham di Anfield, di mana gol sendiri lewat Andy Robertson membatalkan gol pembukaan Luis Diaz pada minit ke-18.

Kapten Liverpool itu kemudiannya menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-89 dari sepakan sudut Alexis Mac Allister.

Kemenangan itu meletakkan Liverpool 13 mata di hadapan Arsenal, memerlukan enam mata daripada enam perlawanan terakhir mereka untuk merangkul kejuaraan, dan Slot percaya mentaliti pertarungan skuadnya telah menjadi pemacu utama kejayaan mereka.

"Itulah yang kami lakukan sepanjang musim. Selepas kekecewaan disingkirkan oleh PSG, kami bangkit dengan mentaliti ini," kata Slot kepada Sky Sports.

"Jika kami mencapai sesuatu musim ini, ia terutamanya berkaitan dengan mentaliti yang ditunjukkan pemain. Itulah yang anda lihat hari ini juga." -- Stadium Astro



#Liverpool #Arne Slot #juara EPL #Liga Perdana Inggeris