Mercedes tiada jawapan kepada kelajuan Red Bull

Astro Arena
Disember 12, 2021 01:37 MYT
Max Verstappen ketika beraksi dalam pusingan kelayakan Grand Prix F1 Abu Dhabi di Abu Dhabi, UAE, 11 Dis 2021. (Foto AP)
PRESTASI cemerlang Max Verstappen memperoleh kedudukan pertama Grand Prix Abu Dhabi apabila Lewis Hamilton mengisytiharkan Mercedes tidak mempunyai jawapan kepada kelajuan dipamerkan Red Bull.
Hamilton dan Verstappen menuju ke perlumbaan terakhir memburu gelaran. Kedua-dua pelumba terakhir dengan 369.5 mata, namun Verstappen memiliki kelebihan hasil sembilan kemenangan pada 2021 berbanding lapan dilakar Hamilton.
Pelumba Red Bull, Verstappen, mungkin sudah mengambil langkah terbaik dalam memburu gelaran pertamanya, dan menamatkan dominasi Hamilton, selepas merekodkan masa terbaik dengan satu minit 22.109 saat dalam percubaan pertama Q3 semalam.
Hamilton bakal memulakan perlumbaan di petak kedua, ketinggalan 0.371 saat di belakang pencabar terdekatnya itu, sementara Lando Norris di tempat ketiga manakala rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez, di tempat keempat.
On pole for the final race of an incredible season

What a lap from @Max33Verstappen!#AbuDhabiGP #F1 pic.twitter.com/H9XQdyXBGq

— Formula 1 (@F1) December 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi pihaknya, Hamilton berasa gembira kerana mengekalkan Verstappen dalam jarak yang dekat, dengan penyandang juara dunia itu memuji pesaingnya, "Pertama, Max melakukan pusingan hebat hari ini. Kami tidak dapat bersaing dengan masa itu.
"Mereka sangat laju bermula daripada sesi latihan, kami tidak dapat memberikan jawapan. Kami berada dalam kedudukan yang baik, saya ingin berfikir mengenai tayar yang bakal digunakan untuk perlumbaan sebenar nanti.
"Pusingan terakhir amat baik, saya tidak boleh pergi lebih laju lagi. Saya tidak dapat mengalahkan masa yang dilakukan Max hari ini, dia layak mendapat petak pertama. Saya masih di barisan hadapan. Saya bersyukur kerana dapat melihat di mana dia berada!"
#Grand Prix Abu Dhabi #Lewis Hamilton #Max Verstappen