awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MESF sedia beri kerjasama kepada SPRM berhubung rasuah e-sukan

Bernama
Bernama
06/09/2023
14:34 MYT
MESF sedia beri kerjasama kepada SPRM berhubung rasuah e-sukan
MESF memaklumkan badan induk e-sukan itu bersedia memberikan kerjasama kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya perlu dalam usaha memerangi gejala itu.
KUALA LUMPUR: Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) tidak menerima sebarang laporan mengenai kegiatan rasuah dalam industri e-sukan yang dipercayai berlaku dalam bentuk transaksi digital seperti bitcoin dan mata wang kripto.
MESF dalam kenyataan hari ini memaklumkan badan induk sukan itu bagaimanapun bersedia memberikan kerjasama kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya perlu dalam usaha memerangi gejala itu.
"MESF dari dahulu sentiasa bekerjasama erat bersama SPRM dalam usaha menangani isu rasuah dalam kalangan masyarakat dan telah melaksanakan pelbagai insiatif seperti SPRM PUGBM I-Challenge pada 2020 dengan memberi suntikan elemen anti rasuah termasuk dalam bentuk visual, grafik serta video.
"Kami menyedari akan keresahan masyarakat terutamanya ibu bapa berhubung perjudian dalam talian dan sekiranya anak-anak mereka terjebak. Kami akan terus memberi penerangan kepada semua pihak berkepentingan e-sukan berkaitan isu rasuah ini dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
Kenyataan MESF itu dikeluarkan selepas industri e-sukan atau sukan elektronik dilapor kini dalam pemerhatian SPRM.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki pada perasmian Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan hari ini berkata aktiviti rasuah dalam industri e-sukan dipercayai berlaku dalam bentuk transaksi digital dan ia menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesannya.
Menurut Azam landskap industri sukan menjadi lebih mencabar apabila e-sukan menjadi perhatian kerana potensi dan nilai komersial tinggi yang mampu dijana oleh sektor berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#e-sukan
#Rasuah
#SPRM
#Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia
#MESF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan